Tuesday, April 29, 2008

Aku pun nak jugak!!

Kami berpindah dari Labuan ke Kuala Lumpur pada awal tahun 2005. Diperkenalkan kami kepada Herbalife pada akhir tahun 2005. Januari 2006, Herbalife secara resmi bertapak di Malaysia. Tapi saya mula nak buat business Herbalife ini pada Sept 2006. Masa tu, kerja construction tak banyak. Tengah menyiapkan kerja Stesen Petronas di Tuaran.
Petronas Tuaran August 2006
Sekali-sekali saya balik ke Labuan. Office syarikat masih ada lagi waktu tu. Tapi bila dah sampai Labuan, bukan ada buat kerja pun. Saya pegi lah melawat jiran saya dulu. Abdul Latif namanya. Tekejut bila first nampak dia. Badan dah naik ke 99kg. Bukan saja tu, darah tinggi naik. Sakit lutut. Nak excercise main badminton, tak larat. Maklum lah... banyak beban nak di angkat. Pergi jumpa doktor, kena suruh turun berat badan. Tapi tak tahu macam mana.

Boleh tolong orang punya button.
Kebetetulan saya tengah pakai button "Lose Weight Now Ask Me How". Pastu dia tanya, "Len. aku perasan engkau dah turun lah badan engkau. Engkau buat macam mana?" Aku pun bukalah cerita makan Herbalife. Dia manalah tahu apa Herbalife tu. Tapi dengan beraninya dia dia kata "Len, aku pun nak lah produk ko tu. Kau hantar je kat aku. Aku nak"... Amboi!! Tak sempat nak buat presentasi...dah closing!! Cukup mudah deal dengan kawan seorang ni.

Malam tu saya balik, aturkan produk hantar terus ke Labuan. Melalui talipon je monitor dia.... hebat luar biasa!! Dia berjaya menurunkan total 18kg. Bukan saja tu, dia main badminton, habis orang lain dia kerjakan. Energy Beb!!

Alhamdulillah rasa seronok boleh tolong orang. Kekadang orang ada duit pun, tapi kalau kesihatan tak de, sedihkan? Terasa lebih yakin meneruskan misi kesihatan ini. Alhamdulillah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...