Wednesday, May 25, 2011

Turun berat badan..... insyaAllah pasti boleh!!

Saya sangat heran kenapa ada orang dapat good result dan ada yang tak dapat good result bila guna produk Herbalife. Ada pulak kata dia tak serasi guna produk Herbalife... macam2 komen. Bila saya mula makan produk dulu, TAK PERNAH  terlintas dalam fikiran saya yang produk ni tak serasi ke, tak berkesan ke, atau pendek kata kegagalan TAK PERNAH terlintas dalam fikiran saya.
ALL THE TIME bila saya start program, saya TAHU dan YAKIN saya akan turun berat badan. Agaknya tulah formula saya dapat kuruskan berat badan ... hehe. Yakin dan Percaya!


Bagaimana saya buat? Okey... gini cara saya buat. Ini saya tau!! Bukan orang lain. Ini cara saya turun berat badan..... Senang je...


Breakfast : HERBALIFE SHAKE!!
10pagi : Snacking - 2 biji telur rebus dan minum teh-0-kosong... (saja minum dgn kawan2)
Lunch : HERBALIFE SHAKE!!
3-4ptg: SHAKE lagi.... (2 scoop F1 saja... tak ada F3's)
Dinner : Sejemput nasi, lauk dan sayur.
Sepanjang hari minum secukup 3 liter air campur tea-mix.
minum 2 botol (2x1.5L )
Aaahhh itu saja cara saya. Tak susah pun. Waktu dalam program, 
NO UNHEALTHY SNACKING!!
Makna: No Biscuit! No Curry-puff!! No Pisang-goreng!! No Mee goreng!! No Nasi goreng!! No Burger!! No fries!! No Teh tarik!! No No No tepung, minyak and gula.


Sekali sehari je saya makan REGULAR HEALTHY MEAL. Colourful meal. nasi skit, sayur warna warni dan lauk (protein).
Ikan bakar dan sayur pelbagai warna... terbaek!!
Bagaimana saya bancuh shake: 2 sudu bukit Formula 1, 2 sudu rata Formula 3 dicampur dalam 100ml susu rendah lemak dan 200ml air sejuk (ais) dan blend...



Tea-mix: satu sudu teh tea-mix dalam air panas atau sejuk. minum 3 kali sehari. Power!!

Shake boleh dibancuh dimana2 dengan mudah. Jangan senang ada alasan!!
Susah ke diatas? kalau dibuat betul dan tiada ciluk ciluk, dan timbang dengan coach anda SEMINGGU SEKALI, InsyaAllah ada result. Saya yakin. Itu cara saya buat, itu cara saya ajar customer, itu cara saya ajar downline saya. Wallahualam!!


Disclaimer
***The above product results are not typical. Individual result may vary.
***Hasil produk diatas adalah tidak tipikal. Hasil individu mungkin berbeza-beza

Thursday, May 19, 2011

Awak nak berjaya... tetapi takut!!

Semua orang nak berjaya. Semua nak senang. Semua orang pernah terbayang kesenangan yang akan dikecapi dalam impian masing2. Tetapi apabila jalan yang perlu dilalui, penuh dengan dugaan, ranjau dan duri, impian tadi berkecai menjadi debu.

Baru berdepan dengan halangan, impian tadi sudah berkecai. Belum lagi jalan itu betul2 dilalui. Mmmm...

Inilah yang selalu berlaku. Tambah2 golongan muda-muda yang baru nak membina kehidupan masing2. 

Saya suka mengambil contoh, Rasulullah saw pernah menyebut lebih kurang bermaksud, 9/10 rezki adalah dari perniagaan. Mengambil hadith ini buta2, mereka menyangka bila berniaga je dapat 9/10 rezki. Tetapi mereka lupa bahawa ada 9 ladang yang perlu mereka kerjakan sebelum mendapat hasil.

Apa yang saya maksudkan adalah orang yang mengambil upah atau gaji adalah bak mengusahakan 1 bahagian ladang. Jadi kerjanya tak banyak. Tanggung jawabnya kurang. 1 ladang je kan. Orang yang berniaga pulak, adalah bak mengusahakan 9 bahagian ladang. Bermulalah dari membersihkan semak samun, membajak, menanam, membaja, menyiram, meracun dan banyak lagi tanggung jawab untuk memastikan 9 ladang tersebut akan membawa hasil. 

Bukan senang nak usahakan 9 ladang tadi. Betul tak?


Jadi bila seorang itu membuat keputusan nak buat business, berjumpa dengan seorang yang boleh membuka peluang kepadanya. Lalu orang ini membawa dia ke 9 ladang yang perlu dia usahakan.
Ladang itu sememangnya belum diusahakan lagi. Penuh dengan semak samun. Dan diberi kepadanya parang, cangkul, dan pelbagai alat untuk bermula. Betapa beratnya kerja nak mulakan. Baru pandangan mata, dah nak pengsan!! 
Betapa terbayang dalam fikirannya "habislah masa aku nak bersuka2, tengok TV, main video game atau habislah masa tidur ku."


Urgggg... bila boleh dapat hasil nie.... lepas ni kena tanam pulak... lepas ni kena baja pulak... kena tunggu pulak... sampai bila??

Orang yang tiada kesabaran dan visi akan menggugurkan peralatan di tangan dan kembali kepada kehidupan asal. Impian tadi berkecai menjadi debu. Hanya disebabkan dia tidak sanggup melalui proses mengusahakan ladang yang diberikan kepadanya....


Harapan setinggi gunung... berkecai menjadi debu.... (Black Dog Bone)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...