Thursday, May 19, 2011

Awak nak berjaya... tetapi takut!!

Semua orang nak berjaya. Semua nak senang. Semua orang pernah terbayang kesenangan yang akan dikecapi dalam impian masing2. Tetapi apabila jalan yang perlu dilalui, penuh dengan dugaan, ranjau dan duri, impian tadi berkecai menjadi debu.

Baru berdepan dengan halangan, impian tadi sudah berkecai. Belum lagi jalan itu betul2 dilalui. Mmmm...

Inilah yang selalu berlaku. Tambah2 golongan muda-muda yang baru nak membina kehidupan masing2. 

Saya suka mengambil contoh, Rasulullah saw pernah menyebut lebih kurang bermaksud, 9/10 rezki adalah dari perniagaan. Mengambil hadith ini buta2, mereka menyangka bila berniaga je dapat 9/10 rezki. Tetapi mereka lupa bahawa ada 9 ladang yang perlu mereka kerjakan sebelum mendapat hasil.

Apa yang saya maksudkan adalah orang yang mengambil upah atau gaji adalah bak mengusahakan 1 bahagian ladang. Jadi kerjanya tak banyak. Tanggung jawabnya kurang. 1 ladang je kan. Orang yang berniaga pulak, adalah bak mengusahakan 9 bahagian ladang. Bermulalah dari membersihkan semak samun, membajak, menanam, membaja, menyiram, meracun dan banyak lagi tanggung jawab untuk memastikan 9 ladang tersebut akan membawa hasil. 

Bukan senang nak usahakan 9 ladang tadi. Betul tak?


Jadi bila seorang itu membuat keputusan nak buat business, berjumpa dengan seorang yang boleh membuka peluang kepadanya. Lalu orang ini membawa dia ke 9 ladang yang perlu dia usahakan.
Ladang itu sememangnya belum diusahakan lagi. Penuh dengan semak samun. Dan diberi kepadanya parang, cangkul, dan pelbagai alat untuk bermula. Betapa beratnya kerja nak mulakan. Baru pandangan mata, dah nak pengsan!! 
Betapa terbayang dalam fikirannya "habislah masa aku nak bersuka2, tengok TV, main video game atau habislah masa tidur ku."


Urgggg... bila boleh dapat hasil nie.... lepas ni kena tanam pulak... lepas ni kena baja pulak... kena tunggu pulak... sampai bila??

Orang yang tiada kesabaran dan visi akan menggugurkan peralatan di tangan dan kembali kepada kehidupan asal. Impian tadi berkecai menjadi debu. Hanya disebabkan dia tidak sanggup melalui proses mengusahakan ladang yang diberikan kepadanya....


Harapan setinggi gunung... berkecai menjadi debu.... (Black Dog Bone)

1 comment:

yan mozy said...

very inspiring uncle.....tq....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...