Wednesday, July 27, 2011

Ramadhan Mubarak

Kita ada 4 hari lagi sebelum Ramadhan. Bulan penuh baraqah! Setiap orang Islam harus membuat persiapan dan berusaha sedaya upaya untuk menghadapi bulan yang penuh mulia ini. 
  • 10 hari pertama, membina momentum, menyesuaikan diri dengan berpuasa dan solat di malam hari. 
  • 10 hari kedua, meneruskan momentum ibadah tadi dengan mengukuhkannya. 
  • 10 hari ketiga, FINAL SPRINT! Merebut Malam Lailatul Qadr. Malam sama dengan 1000 bulan. (bukan final sprint buat kuih raya tau!). 

Kalau nak mendapat yang terbaik dalam 10 malam terakhir ini, momentum harus dibina dari awal lagi, bukan last minit!




Dalam bulan inilah, kita mendekatkan diri pada Allah, memohon apa saja yang diinginkan dan berjanji untuk berubah, untuk menjadi orang yang lebih baik. Di bulan inilah pelbagai perkara luar jangka boleh berlaku kepada kehidupan masing2. Mohonlah kepada yang Esa apa saja terdetik di hati. Mohon di malam hari yang sepi, tanpa kehadiran sesiapa. Hanya kita dengan Allah. Bersungguh2 meminta. Pasti Allah mendengar dan mengetahui. Allah bersama orang yang Sabar.


Di bulan ini juga, eloklah kalau kita mulakan mengubah cara pemakanan kita yang selama ini membuatkan kita kurang cergas, berlebihan berat badan dan mempunyai penyakit yang disebabkan pemakanan dan gaya hidup yang kurang baik
Islam menganjurkan kita untuk makan makanan sihat. Tapi bagaimana cara mendapatkan makanan sihat sekarang? Semua kalau boleh nak instant!! Juadah pasar ramadhan menjadi tempat kunjungan.

Disini ada beberapa tips dalam menggunakan produk Herbalife di bulan yang penuh mulia ini. Ini apa yang saya dan keluarga saya amalkan. Lain orang, lain caranya ye. Buat 'homework'. tengok pulak orang lain buat macamna dan anda sendiri buat keputusan.


Bersahur
Bagi sesiapa yang nak melakukan solat awal pagi (tahjud), boleh minum tea-mix secawan untuk memberi kesegaran ketika melakukan solat. Pengalaman saya, solat dan membaca Quran ketika ini, Alhamdulillah dalam keadaan penuh kesegaran.


Ketika bersahur, saya akan mulakan dengan 400ml air dicampur Aloe. Selepas itu, 400ml air dicampur tea-mix dan yang akhir, saya akan ambil Herbalife shake campuran F1 dan F3. Sebelum masuk waktu Subuh, saya akan minum air kosong seberapa banyak yang boleh.


Berbuka
Ketika berbuka, mulakan dengan menyebut nama Allah dan berdoa. Mulakan dengan makan 3-5 biji buah korma. Selepas itu, saya akan mengambil 400ml air dan 400ml tea-mix. 
(Badan ketika ini sangat memerlukan air. Air dalam badan telah banyak hilang sepanjang hari kita berpuasa. Badan juga memerlukan banyak air untuk melakukan proses penghadaman dan pembuangan toksik. keletihan dibulan Ramadhan banyak juga berpunca dari kekurangan air).
Selepas mengambil air, bolehlah mengambil sedikit makanan - nasi sedikit dan perbanyakkan lauk dan sayur. BERHENTI SEBELUM KENYANG! 
Selepas itu, bersiap untuk ke Masjid untuk lakukan solat terawih berjemaah (sebenarnya bulan Ramadhan agak sibuk juga, sibuk ibadah Alhamdulillah).
Selepas solat terawih pulak, balik ke rumah, boleh lah mengambil shake dan bersiap untuk beristirihat. Malam di bulan Ramadhan, eloklah kalau kita tidur awal untuk membuat persiapan bangun awal di pagi esok untuk melakukan solat tahjud. (Ini adalah malam 'promosi' dari Allah Pencipta kita semua. Rebutlah, mohonlah apa saja).
Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. (Al-Ghaffir 60) 

Bagi setengah orang, ada yang suka ambil Shake ketika berbuka dan selepas terawih mereka akan mengambil nasi, sayur dan lauk.


Ini adalah cara saya dan Ramadhan akan datang merupakan Ramadhan ke-6 saya menggunakan produk Herbalife. Luarbiasa hasilnya. 


Kami ingin mengambil kesempatan mengucapkan
Selamat Melakukan Ibadah di bulan Ramadhan 
bulan yang penuh baraqah ini, bulan promosi bagi setiap umat Islam. Rebut lah peluang saperti mana kita juga merebut peluang percutian Herbalife di Gold Coast, Caribbean Cruise vacation, ClubMed dan sebagainya. Promosi Allah adalah kekal. Wallahuaalam.


Disclaimer
***The above product results are not typical. Individual result may vary.
***Hasil produk diatas adalah tidak tipikal. Hasil individu mungkin berbeza-beza
*statement has not been evaluated by Ministry of Health. Product is not intended to cure treat diagnose prevent diseases.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...