Sunday, October 23, 2011

Allen Peter dulu dan sekarang....

Kami buat keputusan berniaga Herbalife pada Okt tahun 2006 selepas 7 bulan Asriah pertama kali mengambil produk. Sepanjang tahun 2007, saya aktif di HOM Lim Foo Yong belajar dari pelbagai distributor dari dalam dan luar negara terutamanya yang sudah lama membuat Herbalife dari luar negara. Alhamdulillah di sana saya banyak belajar. Walaupun ketika umur saya 43 tahun, saya rendahkan diri saya untuk belajar dari orang yang lebih muda. 


Semalam sambil menunggu kapal terbang mendarat dari KL di Kota Bahru, saya browse internet dan terjumpa artikle yang saya pernah post dalam satu group pada awal 2008. Saya baca artikle ini, tersenyum, dan nyata apa yang saya pegang sekarang mengenai perniagaan Herbalife sama, tak berubah, saperti 4 tahun yang lalu. 


Kesimpulan, just go to BASICS, do it over and over and over...


Saya kongsi artikle dibawah:


14 Januari 2008


Salam,

Terpanggil pulak nak contribute bahagian ini.

Ada lebih dari 700 syarikat jualan langsung di Malaysia. Negara kita adalah tempat lahirnya dan berkuburnya syarikat jualan langsung. Suburnya lah Malaysia ini. Tapi tak berbaja.

My advice is

1. Do your homework! Baca banyak buku pasal MLM. Jangan baca "manual" syarikat je. Even buku terbaru Donald Trump dan Robert Kiyosaki bertajuk "Why We Want You To Be Rich" juga ada menyentuh mengenai MLM. Malah mereka berdua menyokong industri MLM.

2. Apabila hendak menceburkan diri dalam MLM, pastikan 2 perkara
a. Produk yang bermutu tinggi dan mempunyai "demand" yang tinggi dalam masyarakat. Tetapi ini yang menjadi masalah kepada ramai orang. Kita tidak tahu menilai sesuatu produk tersebut. Bagi saya, cara yang paling berkesan, ialah, GUNA produk itu dulu. Adakah kita sendiri selesa dengan produk tersebut? Atau kita sendiri tak selesa, tapi "buat-buat" selesa hanya semata-mata untuk "business". Dan apa kesannya kita guna produk tersebut? Hubungan 'intim' kita dengan produk tersebut akan membuatkan kita dapat 'share' dengan prospect dengan lebih ikhlas dan berkesan.
b. Syarikat tersebut mesti kukuh dan mempunyai pengalaman yang lama. Jika ianya syarikat RM2 ..... LARI selaju-lajunya dari syarikat tersebut. Satu garis panduan am ialah: Syarikat mesti sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman, minima US$100 juta jualan tahunan, disokong oleh kajian sains yang boleh dipercayai (biasanya attached dengan University yang terkenal) dan Mempunyai Pelan Pemasaran yang TIDAK berubah-ubah.

3. Berniaga dalam MLM ini adalah mudah (simple) tetapi memerlukan usaha yang gigih dan berterusan. Mudah kerana seorang itu hanya perlu menyampaikan, BUKAN memujuk, atau merayu. Kita hanya perlu mencari orang yang MAHU bukan yang nak 'try-try'. As simple as that. Dan untuk berjaya dalam MLM, kita hanya perlu 5 orang yang MAHU tersebut. HANYA 5 ORANG sahaja. Thats all.

4. TIDAK ADA kegagalan dalam MLM. Hanya mereka yang MENGALAH! Untuk berjaya dalam MLM, seorang mesti sabar dalam menabur benih, membaja, menjaga hinggalah sampai masa untuk menuai. Ramai orang 'kalah' dan berundur, 'give up' sebelum buah masak. Amat menyedihkan! !

5. EGO, SOMBONG dan DEGIL juga antara punca kegagalan dalam MLM. Mereka enggan pergi mengikuti training yang dikendalikan oleh kalangan pengedar atau yang dikendalikan oleh syarikat itu sendiri. Umpamanya: Sebelum kita boleh bekerja sebagai Engineer, kita perlu melalui pengajian di university. Dah keluar 'U' pun kena pergi training lagi. Kenapa hal demikian tak ada complain?? Bila training dalam MLM, kenapa seseorang itu merasa ??buang masa??. Alasan yang selalu di utarakan adalah "oh! semua ini saya dah pandai. Saya boleh buat tanpa latihan". atau "saya tak ada masa".

6. PLUG INTO THE SYSTEM. Itu adalah antara tuntutan dalam MLM. Hasil dari pengalaman dari orang yang dah berjaya, kita hanya perlu mengikuti apa yang telah mereka lakukan. Itu je. Just Follow and Duplicate. Kuncinya adalah "Copy". Jangan create jalan baru. Jalan dah ada sudah boleh menjamin kejayaan seseorang itu. Ikut je.

Kelebihan Perniagaan Dalam MLM antaranya

1. Modal Rendah. Saya adalah seorang peniaga. Saya tidak mendapati satu perniagaan pun yang tidak perlu kepada modal awal. Nak buka gerai jual burger pun kena duit. Nak buka saloon gunting rambut ..... 10 ribu?? 20 ribu ?? Cuba fikir?? Kita bercakap mengenai perniagaan. Siapa kata berniaga biasa tak ada hilang duit? Kalau dalam MLM hanya ribu-ribu (itu yang Hamdy kata). Tau tak dalam construction saya hilang RM300,000.!! ! Siapa tahu? Kita bukan cerita makan gaji. Kita cerita BERNIAGA. Tapi hanya dalam MLM, kita tak perlu invest ribu-ribu. Banyak caranya. Buat Homework. Fokus. Cari jalan. Allah dah janji, akan mendatangkan jalan yang mudah, bagi mereka yang mencari dan berdoa.

2. Overhead rendah. Boleh bekerja dari rumah. Tak perlu sewa kedai. Tak perlu sewa office. Tak ada staff. No Traffic Jam. Kalau kita nak buka kedai repair computer, tentu sekali kita perlu sewa kedai. Boleh ke jadi kaya dengan business tersebut?

3. Semua inventory, accounts, tax, hal-hal dengan authority, ware house, kastam, transport, stock, storage adalah tanggungan syarikat. BUKAN tanggungan pengedar. Pengedar hanya perlu jumpa orang dan SHARE the product. Itu je. Orang nak, ok. Orang tak nak pun ok. No pressure!! NEXT!!

4. BE YOUR OWN BOSS. Kita kerja, kita dapat. Kita untung. Kita tak kerja, ...... complain je. Memang duit tak masuk. Pasal kita tak kerja. Ingat!! MLM DOES NOT ATTRACT LAZY PEOPLE.

Akhir sekali : Saya telah melalui perniagaan biasa. Sekarang saya dalam bidang MLM. Jadi, pasti kata-kata saya diatas adalah dari pengalaman saya sendiri. Buat masa ini, saya masih lagi membaja benih yang saya tanam. Saya masih belajar dan tidak berhenti akan terus belajar insyaAllah. Saya yakin, insyaAllah benih yang saya tanam dan baja pasti akan berbuah. Robert kata dalam buku diatas antaranya, jika kita hendak menceburkan dalam sesuatu perniagaan / investment, pastikan ianya "predictable" . Saperti seorang peladang buah. Dia tahu jika dia menanam dan mengikuti kaedah dan langkah yang ditetapkan dalam skill pertanian, pasti (insyaAllah) ia akan mendapat hasilnya. Just follow the plan.

Bagi yang nak tahu apa yang saya buat, sila lawati
http://nutrition- you-need. com

Mohon Maaf jika terkasar bahasa atau menyinggung mana-mana pihak.

Wallahu alam

Allen Peter

1 comment:

aishasaad said...

Subhanallah uncle.. sy suka sangat ni. Alhamdulillah.., selain events, follow up customer.. sy dpt blaja ilmu baru lg .. dpd org yg byk experience.. thanx a lot uncle :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...