Monday, October 24, 2011

Kenapa tidak berhasil dengan Herbalife?

Pernah ke anda berjumpa dengan orang yang berkata "Herbalife tak bagus... saya tak turun pun.." Ada juga yang nak marah bila ada yang offer untuk ditimbang atau nak diterang tentang produk Herbalife. Macam menyampah pun ada. 
Rata-rata ramai orang sebenarnya belum jumpa jalan penyelesaian kepada masalah kegemukan mereka sendiri. Frust punya pasal agaknya, duit dah banyak habis, kita pun kena marah. Sabar je lah...
Menurut pengalaman saya, ramai yang tak dapat hasil adalah samada dia beli dari pengedar yang tak serious, ataupun dia sendiri tak serious.
Baru-baru ini dalam perjalanan saya dari Kuantan ke Kuala Lumpur, kami berhenti di R&R Termeloh dan kami ternampak gerai jual benda macam-macam, antaranya product Herbalife. 

Memang baik boleh susun sekali dengan produk lain

Ahah!! Ini sudah salah disisi undang-undang. Saya terus bertanya dan secara tegas memberi tahu kepada penjaga tempat tu, 'SALAH' tak boleh jual macam ni. Dia siap bertanya kepada saya 'ada surat tak' lucu juga dia ni. Saya dengan serious ambil gambar dari pelbagai sudut. Bukanlah saya ni dengki tengok orang lain berniaga. Tapi, ini sudah keluar etika. Orang ni dah salah. Tulah agaknya, TAK PERNAH IKUT TRAINING. Nak jual je.
Persoalannya, kalau ada orang yang beli, siapa nak terang macamna nak guna produk? Siapa nak buat follow up? Orang yang jual tu ke? Pernah ke dia sendiri guna produk? Siapa nak monitor setiap minggu? Habis kalau tak dapat hasil, SALAHKAN siapa? Dah tahu beli dari orang tak tahu... salah siapa?
Kita adalah pengedar Herbalife, BUKAN juru jual. Kami adalah 'coach' yang membantu orang lain mendapat hasil saperti mana kami juga mendapat hasil.
Alhamdulillah kami sendiri telah gunakan produk Herbalife dan mendapat hasil. Kami ikuti latihan. Kami bergaul dengan ramai orang yang juga telah mendapat hasil dan kami belajar dari mereka juga. Masing-masing mempunyai cerita mereka yang tersendiri.
Saya dan keluarga saya Alhamdulillah telah lama gunakkan
produk Herbalife dengan mendapat hasil yang memuaskan.
Jadi sedikit nasihat kepada orang yang nak penyelesaian kepada masalah lebihan berat badan mereka, CARI COACH!! Produk ada sana sini. COACH akan membantu kita guna produk dengan cara yang betul.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...