Wednesday, February 29, 2012

Peti ais ku rosak, boleh ku repair, badanku rosak..?

Sabtu lepas, peti ais Electrolux yang saya beli 11 tahun dulu rosak. Dah pening kepala saya dibuatnya. Pasal ape lah nak rosak hujung minggu. Kan nak call service center, hujung minggu office tak buka. Saya cuba hubungi seorang technician electrolux yang pernah datang ke rumah saya untuk service alat electrolux sebelum ini. Namanya Chin (bukan nama sebenar)Saya kenal dia dah lebih 4 tahun. Saya telefon dia tak jawab. SMS dia pun tak jawab.  Dalam fikiran saya, lantak pi lah. Apa nak jadi kat ayam daging aku kat peti ais tu mampus pi lah. Dah lah ahad hari tu STS kat Pullman. Lagi lah aku kusut... no problem!!.
Mujur lah peti ais ni jenis luar biasa. Dari hari Sabtu sehingga lah ke isnin pagi, barang dlm tu masih terasa sejuk lagi. Tapi nak buat Herbalife shake tak de ais... alamak hentam je lah. 
Anywhere, pagi isnin tu saya call office service center Electrolux, buat report dan dia kata selasa baru boleh datang. Ok... sabar... sabar...
Keesokan pagi, technichian tu datang. Alahai rupanya si Chin tu. Dia kata dia terima sms saya tapi nak call balik saya 'engage'. Saya sebenarnya terkejut tengok dia. Dia dah naik berat badan dalam 20 kilo!!. 
Empat tahun dulu, waktu dia datang ke rumah saya, badan dia ok ok lah. Dah ada isi sikit. Dia pernah membeli F1 daripada saya. Saya berusaha nak followup dia tapi dia sendiri tak nak teruskan. Nah!! Tengok apa jadi lepas 4 tahun!! Saya mula membuka conversation pasal dia dah naik berat badan. Dia kata 'stress' kerja! Katanya lagi, dia kena ikut orang malam2 pergi minum sama2. Macam2 alasan yang tersedia diberi. Apa pun, bagi saya, awak dah naik berat badan dan ini baru menjangkau awal 30'an. Apa jadi kalau dah umur 40'an.... 50'an.... 60'an....
Saya cuba ingatkan dia kesihatan jangka masa panjangnya. Dia hanya mangangguk saja.
Manusia bila belum terjadi masalah datang kepada diri mereka, semua tak kisah. Wal hal dia dok repair peti ais, mesin basuh... Pernah ke dia terfikir satu hari badan pun boleh rosak macam peti ais tadi? 
Sepanjang 5 tahun saya dalam perniagaan Herbalife, ini yang sering saya perhatikan. Lima tahun dahulu, saya jumpa orang ok ok. Sekarang dah naik 20kg. Bukan semua... tetapi amat mengejutkan bila melihat perubahan yang mendadak. Bagi diri mereka sendiri mungkin mereka tak perasan pasal mereka melihat perubahan itu berlaku setiap hari. Bagi orang yang tak jumpa dia selama 4 tahun, memang lah ketara sangat sangat.

Percayalah, kalau kita tidak menjaga apa yang kita makan setiap hari, perubahan yang berlaku pada diri kita memang kita tak perasan, tetapi kalau tak dikawal dari sekarang, by the time kita perasan, ianya sudah melebihi 20kg. Waktu itu, banyak kerja harus dibuat untuk menurunkan berat badan. Banyak duit diperlukan. Ramai orang bila terjadi hal ini, give up. Apa nak jadi.. jadilah. Mula lah ayat ayat defensive keluar dari mulut masing2. "Suami saya suka saya gemuk" .... "saya gemuk tapi saya sihat" .. "engko memang jelous tengok aku gemuk"... tetapi dalam hati, dia saja yang tahu.
Bagi yang masih ok ok lagi badan tu... ambil berat lah apa yang anda makan setiap hari. Don't take things for granted. Allah menyebut dalam Al Quran mengenai makanan...  
"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu." Al Baqarah 168
Kenapa yang halal je kita ambil, tetapi bukan yang baik? Dan makan dari makanan yang tak baik itu adalah menurut langkah2 syaitan yang sengaja nak rosakkan jasad dan iman kita. Fikir2lah sendiri... Amanat yang Allah berikan kepada kita adalah menjaga badan kita dari pelbagai segi. Satu daripadanya adalah kesihatan badan.
Saya dan keluarga saya mengambil Herbalife shake setiap hari untuk mendapatkan nutrisi seimbang harian untuk memenuhi keperluan badan saya setiap hari. Alhamdulillah saya dikenalkan dengan Herbalife. Thank you Allah.

3 comments:

AFIF HLF said...

minta izin share ye uncle allen :)

Hafizah Din said...

Obesity memang punca segala penyakit.... Terima kasih dgn post anda yang membuka ramai minda masyarakat...

Nor Azman Hadi said...

Saya ada menyediakan perkhidmatan SERVICE & REPAIR barangan electric seperti ...Peti Ais,Mesin Basuh,Freezer,Chiller kedai....termasuk Installations,buka dan pasang Aircond unit Baru/lama. Sila hubungi Azman 019-3847890/016-6245043.tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...