Thursday, March 8, 2012

Nak Herbalife Murah? Hati-hati...

Hari ni nak buka cerita pasal sign up membership Herbalife. 
Beberapa hari lepas, ada seorang kawan downline saya Rina (bukan nama sebenar) datang ke kelab dan berminat nak buat business Herbalife. Yang bestnya, dia dah makan produk Herbalife dan dah sign up dibawah kakaknya sendiri pada bulan Oktober tahun lepas. Tapi entah apahalnya, sekarang berminat pulak nak buat business dibawah downline saya. Downline saya ni kawan sekolahnya dulu. Rina pulak tak mau buat business dibawah uplinenya sekarang. Entahlah apa yang dia tak puas hati dengan uplinenya, dia nak juga buat business dengan downline saya.
Downline saya ni pun, niat nak tolong, tanpa merujuk kepada saya, buat idea yang bukan-bukan. Rina datang malam tu bawa suaminya. Mereka baru je berkahwin. Punyalah bijak downline saya, dia signup suami Rina dengan niat supaya Rina boleh memulakan perniagaannya dibawah downline saya tadi.
Saperti biasa, saya ketika itu niat nak menolong downline, terus kenalkan diri kepada Rina dan suaminya, dan mula berbincang. Downline saya menceritakan keadaan mereka tanpa dia sedari yang saya akan perasan ada sesuatu perkara tak betul. Saya mula bertanya lebih mendalam dan BANG!! Saya langsung tekan brake!! Ada sesuatu yang tak betul. Issue ETIKA pun ada..
Ok, apa sebenarnya yang berlaku...
1. Rina sign up bulan Oktober 2011. Distributorship dia akan tamat pada Oktober 2012. Cooling Period (tempoh bertenang) adalah setahun dan ketika ini, dia tak boleh sign-up dibawah orang lain selain sponsor yang asal tadi. Bermakna dia tak boleh signup di bawah downline saya sehingga selepas Oktober 2013. Huh!! Lama tu...
2. Suami Rina signup dengan anggapan bahawa suaminya belum sign up lagi dan bebas untuk buat perniagaan dibawah downline saya tadi. Apa yang ramai tak tau adalah bila mengisi borang distributorship tadi, ada klausa menyatakan 

Have you or your spouse owned or assisted in an Herbalife Distributorship?
Pernahkah anda atau pasangan anda memiliki atau membantu mengendalikan Pengedaran?*


Setiap orang dimestikan menjawab Ya/Tidak dalam soalan diatas.
Setiap orang dimestikan menjawab soalan cepu emas ini. 
Ketika suami Rina mengisi borang samada online atau borang dalam IBP, soalan ini mesti dijawab. Dalam kes diatas, Rina (pasangan/spouse) sudah pernah memiliki Herbalife Distributorship. Ramai yang nak mengelakkan soalan ini dengan menjawab 'tidak' atau tidak memberi maklumat sebenar apabila membuat pengakuan (dalam IBP). Maka ini sudah masuk kes memberi maklumat palsu ketika menurunkan tandatangan.
So apa jadi sekarang??
Suami Rina telah menjadi distributor dengan tidak memberi maklumat sebenar. Bermakna, Rina berserta suami tadi adalah masih dibawah hak milik sponsor yang asal (iaitu Kakaknya) walaupun suaminya telah signup di bawah downline saya. Herbalife, jika dituntut oleh uplinenya yang asal, boleh mengembalikkan semula distributorship suami Rina kembali ke upline yang asal tadi. Bukan sahaja itu, segala bentuk pendapatan komisien, royalti dan bonus juga akan dituntut dan downline saya termasuk saya sekali (sebab dapat royalti dan bonus) terpaksa membayar kembali kepada uplinenya yang asal. Tuntutan ini boleh sampai jumlah yang besar jika Rina tadi membuat perniagaan serious dan mendapat pendapatan yang tinggi dibawah downline saya. Jangan sama sekali rasa, takpe, selepas 3 tahun tak de siapa yang tau... SALAH!! Apa yang kita dah isi semasa sign-up tadi adalah LEGAL DOCUMENT dan boleh dibawah ke mahkamah pada bila2 masa. Herbalife adalah syarikat di bawah Bursa Saham New York dan semua urusan adalah sah.
Kes ini pernah berlaku kepada distributor lain sebelum ini dan mereka telah menceritakan kes mereka dalam event-event tertentu supaya kami mendapat pengajaran darinya.
Apa yang saya nak sampaikan kat sini adalah perkara berikut:
Herbalife adalah sebuah syarikat besar dan boleh mendatangkan pendapatan besar. Tapi ramai yang menganggap bila nak sign up, saperti signup member biasa. Maklum lah, hanya RM98 je. Signup je lah. Bukan mahal. Haa sign up lah bawah mana2 orang yang kita tak kenal. Jalan-jalan kat shopping complex, jumpa Herbalife distributor, diajak timbang, cerita skit pasal turun berat badan, then NAK CUBA PRODUK, tapi nak DISKAUN, turunlah tandatangan jadi distributor. Selepas sebulan atau dua, hasil baik, seronok, terjumpa kawan rapat yang buat Herbalife, teruja dengan cerita perniagaan, baru decide nak berniaga, lepas tu SESAL sebab tak boleh berniaga bersama kawan tadi pasal dah sign up. Pastu tak puas hati, dah berkahwin, cuba cari jalan pusing lain....
Saya nak ingatkan, kalau setakat nak CUBA produk JANGAN SIGN UP DULU... pasal semua itu akan mengikat anda kepada pengedar tadi. Saya bukan apa, jemu jelak dengar cerita yang kata "Saya tak suka upline saya, selalu sangat kacau saya, call saya.... bla bla bla..." yang engkau senang-senang sangat nak turun tandatangan tu apahal? Nak disckaun kan. Sign up lah!! Tak mahal... RM98 je... sign up lah.
Saya bukan larang signup dapat diskaun tu.. tapi kalau dah signup bawa mana2 distributor, jangan pandang belakang, jangan sesal. Itu yang engko nak. Macam kalau kita nak kahwin dengan seseorang tu, kita tentu dah fikir masak2 kan? Bila dah aqad nikah tu, jangan complain. Tu yg ko dah pilih. Terima je lah.
Saya juga nak syorkan kalau nak sign up, pergi buat istiqarah dulu. Pasal kita tak tau apa kesudahan kita dimasa hadapan. 

CERITA SAYA
Bila isteri saya makan produk, saya TAK MINAT langsung nak buat business Herbalife. Saya kontraktor kelas A. Mana nak pandang business ni. Ini business untuk perempuan, suri rumah. Apasal selepas 7 bulan, saya buat keputusan untuk buat business HERBALIFE? Yang bestnya, sekarang dah 5 tahun dalam Herbalife, kami pun dah hampir ke President Team. Bukan saja tu, keluarga saya, anak menantu saya, Ain Musab dan Amalina Abqari, sekarang pun juga mendapat hasil yang luar biasa dari perniagaan Herbalife. (click diatas untuk ke Blog mereka)


So! Jangan pandang enteng borang yang anda nak signup. 
Istiqarah dulu sebelum sign up dan bila dah signup.... terus terus jangan sesal... itulah yg terbaik bagi anda.

5 comments:

Raihanna said...

salam uncle...
boleh saya tahu apa solution uncle mengatasi masalah downline uncle ni?
sebab dia dah sign up kan.. so camana uncle buat yea?

Allen said...

Tidak boleh diteruskan untuk signup mereka yang dah sign up dengan pengedar lain, walaupun mereka kawan rapat. Let them go.
Unless... tunggu 2 tahun cooling...

Raihanna said...

owh ok uncle.. terima kasih uncle sebab reply msg saya...

yunna madi said...

salam uncle, saya nk bertanya dengan uncle..skrg nie saya dh lps dari cooling period maksudnya dh 2 tahun saya tidak renew membership dan saya sebenarnya masih berminat nk join herbalife cuma waktu tue ada masalah kewangan and family matters jadi saya stop dari continue herbalife..sekarang mcm mn nak continue?

Allen Peter said...

Yunna: Kalau dah betul lepas 2 tahun, sambung je balik. Kalau nak tukar sponsor, itu pilihan Yunna. Cuma beringat, tukarlah sponsor macamna, kalau diri kita sama je, sama lah hasilnya. Kejayaan kita bukan letak pada sponsor semata2. Kita yang harus bersedia dan membuat keputusan untuk berjaya. Kejayaan bukan satu nasib, ia adalah satu pilihan (choice). Kita pilih untuk berjaya. InsyaAllah kali kedua Yunna join, ada akan lebih baik dari yang pertama. Good luck!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...