Sunday, April 22, 2012

Pengalaman kami bersama Khoo Cai Lin

Saya nak share pengalaman saya menghantar anak saya ke program anjuran Herbalife 'Swim with a Pro Khoo Cai Lin' tengah hari tadi. Program start jam 2:30pm hingga 5pm. Saya dengan isteri cadang just nak drop Muaz kat situ dan jam 5pm nanti ambil je dia balik. Tapi sampai kat sana, dah register, program pun bermula, nak tinggalkan dia di situ, kami yang jadi exited. Maklumlah, kalau Herbalife buat event je, semua boleh jadi exited. Anyway...
Tak ramai orang participate... (rugi gile orang yang tak pergi....) Ada dalam 15 orang je...
Event manager memulakan acara dengan welcome dan sebagainya. After that, depa invite Khoo Cai Lin bercakap. Saya pun terfikir.... apa yang Khoo Cai Lin nak cakap ni.. tambah2 dengan budak2 yang tak tau apa2 ni...
Khoo Cai Lin bercakap mengenai dream dan usaha dia....VERY INSPIRING!!!
Dia menceritakan dia mula berenang ketika umurnya 3 tahun dan mula serious ketika umurnya 12 tahun. Tapi yang membuat bulu roma saya naik ialah dia kata dia berlatih dan berlatih dan berlatih dari pagi sampai malam!! Dia betul2 kerja kuat!! Tu dia amek ko!! Dia menasihati adik2 tadi untuk tetapkan goal yang realistik supaya kita sering merasa nak berusaha mencapai goal tersebut. Katanya, kalau goal kita terlalu tinggi, kita mudah kecewa. Katanya lagi, KITA YANG TENTUKAN GOAL KITA SENDIRI. Bukan orang lain.
Khoo Cai Lin juga berkongsi dalam 10 tahun pengalaman dia berlatih "more downs then up"! Lebih banyak kekecewaan dari kemenangan... tetapi yang menetapkan beliau untuk terus berusaha adalah IMPIAN beliau. Khoo Cai Lin mempunyai impian yang tinggi untuk bertanding di Olympic London. Itu saja cukup untuk membuatkan beliau terus berlatih dan terus berlatih.
Berikut adalah yang sempat saya rakam melalui twitter:
Other people criticize u, take it as challenge. Push yr self up. Swimming there's up and down. Use all those as motivation. Proof them wrong.
Work harder. Push hard. And don't let others put u down. Proof them wrong!!
My 10 years, more down than up. Self motivation very important. Always constantly remind myself of my goals. 
Once u r down, u r down for a long time.
Training is very painful. Keep reminding yourself of your dream.
Dasyat kan!! Pelajaran yang saya dapat disini... 
1) RAMAI...dan RAMAI yang 'give up' semasa berlatih. BELUM SEMPAT BERTANDING!! Berlatih je pun dah pengsan!! 
Baru berlatih.... rasa sakit sikit... dah kata dia tak boleh buat... dan pelbagai alasan diberi...
2) Ramai yang tak berIMPIAN langsung. Pasal itu lah mereka tidak tahan berlatih. Sebab mereka tak mempunyai misi untuk berjuang. Tak ada sebab untuk bekorban. Bagi dia, sakit sakit semasa berlatih itu buang masa dan tidak masuk akal. Dan dia berundur dari terus maju, menyimpang ke tepi untuk memberi laluan kepada orang lain menang.
3) Ramai orang yang lebih mendengar kata orang lain dari dirinya sendiri. Dia PERCAYA ORANG LAIN lebih dari dirinya. Kalau orang peleceh, atau memandang rendah, tak ada daya lawan untuk membuktikan bahawa mereka itu SALAH!! Kita tidak melawan balik. Terima seadanya.

Saya juga suka menghubungkan ini kepada perniagaan Herbalife yang saya dan keluarga saya buat sekarang. Ramai orang nak tahu.. bagaimana kami lakukan?... bagaimana kami lakukan?... Mereka nampak ketika kami sekarang di Millionaire Team. Mereka teruja. Mereka sangat nak tahu. Tapi mereka tak nampak bagaimana kami mula dulu.. ketika itu kami sangat lemah. Kami ajak orang, semua tak nak datang event. Kami tetap juga datang seorang seorang. Rasa bodoh pun ada. Tak pe. Kami sentiasa berpegang kepada impian kami. Nak jadi President team. Nak jadi President Team. Kawan2 saya mungkin kesihan tengok saya. Kontraktor kelas A, dah jual 'ubat'. Ada yang perli saya..."Oii aku tak mau kurus... kurus tu tak cantik"... macam2 saya kena. Amalina, ketika itu baru berumur 18 tahun. BUDAK MENTAH lagi. Begerak kesana kesini naik bas, LRT, teksi. Bapak mana tak risau. Bapak mana tak risau. Tuhan je yang tahu. Kami bapa anak bekerja berasingan. Dia nak capai volume dia. Saya pun nak capai volume saya. Kedua2 kami sama supervisor. Saya tak boleh bekerja dengan dia. Dia TERPAKSA cari jalannya sendiri. Saya juga berdepan dengan masalah saya sendiri. Perniagaan Herbalife ialah perniagaan sendiri. Independent Distributor. Walaubagaimanapun kami tetap juga pergi event. Kami tetap juga pergi training. Lebih banyak training kami pergi, lebih kuat, lebih cekal semangat kami untuk mencapai impian kami. Siapa tahu? Siapa tahu susah payah kami dulu. Sekarang orang dah mula tanya... bagaimana kami lakukan? Bagaimana kami lakukan? Bila saya kata pergi training... mula lah rasa sakit, susah, tak tahan. pasal apa?
Apa pun kerja anda lakukan, mesti ada IMPIAN dan KERJA KUAT. Tak boleh tidak. Kalau kita tidak bersedia untuk melalui itu semua, anjakkan lah diri ketepi, berilah lauan kepada orang lain untuk mengecapi impian mereka. 
Khoo Cai Lin hanya perlu untuk berenang satu saat lebih laju dari rekod sebelum ini untuk mendapat kemenangan. Satu saat itu nampak kecil. Tetapi latihan demi latihan demi latihan diperlukan untuk mendapatkan hanya satu saat tadi.
Buatlah keputusan yang terbaik untuk diri kita sendiri. Ingat, hanya kita yang tetapkan impian kita sendiri. Bukan orang lain. Pergilah kejar impian anda. Pergilah.....
Photo seterusnya event bersama perenang kebangsaaan Khoo Cai Lin boleh dilihat dalam facebook saya. (Klik disini)

4 comments:

ili fatin dan sabran jamil said...

very inspiring uncle..terima kasih..

aishasaad said...

It's reallyy great to see u uncle as a family yg berjaya dlm bidang Herbalife ni. Saya tak tau pn mcm mn awal2 dulu uncle dlm herbalife ni.

Aspen @ MyLovelicious said...

i'm still new in herbalife...but u n ur family really inspiring me...congratz for where u r now...u deserves it

M said...

Thank you Allen for your very inspiring blog!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...