Wednesday, October 3, 2012

Kenapa ada yang tidak success dalam Herbalife

"Herbalife boleh ke buat kita kaya?"
"Nape tak? Alhamdulillah tgk apa yg dah jadi pada kami. MasyaAllah Alhamdulillah semua dari Allah."
"Habis nape ada orang buat Herbalife tak kaya2 pun?"

Haaa. itu adalah soalan cepumas yang sering di tanya oleh ramai orang.


Apa bezanya Bill Gates dengan orang biasa lain (macam saya diatas...hehe). Masing2 ada hidung. Masing2 ada telinga. Hidup dengan udara yang sama. Masing2 memerlukan kalori, protein dan khasiat lain yang sama bentuk kimianya, masing2 ada 24 jam bekerja, masing2 memerlukan tidur, masing2 menikmati matahari yang sama, masing2 berurusan dengan manusia yang dicipta oleh pencipta yang sama, semua sama!! Habis kenapa ia berbeda??

Haaaa.... ini dia yang beza.....

1. IMPIAN! Apakah kita punya impian yang sama? Bila saya naik stage, sering saya tanya soalan ini. Apa impian kalian? Apakah impian kalian mau menguasai pasaran DUNIA?? Atau cukup setakat berniaga pasar malam di Pokok Sena, Kepala Batas dan TIDAK MAHU lebih dari yang itu. Nampak tak bezanya... Bill Gates ingin menguasai pasaran dunia?
Sama juga dengan Mark Hughes, apabila dia berkata "WE ARE GOING TO CHANGE THE NUTRITIONAL HABITS OF THE WHOLE WORLD... PERSON TO PERSON, CITY BY CITY, COUNTRY BY COUNTRY..."
Nah... nampak sudah perbezaannya.. jelaskan?

Saya teringat masa anak2 kami masih kecil, Asriah selalu nyanyikan lagu untuk tidurkan anak...
buai laju-laju,
sampai balik sana,
hidup mesti maju,
sampai pimpin dunia.
Ameeen...

Meletakan impian pada diri sendiri tidak memerlukan wang dan harta.  Ianya FREE!! Gratis!! Tapi kenapa ramai orang takut meletakkan impian tinggi? Mungkin ini jawapannya:

2. KEYAKINAN DIRI SENDIRI. Yang menghalang diri kita maju ke depan, bahkan tidak mempunyai impian adalah KITA TIDAK YAKIN pada diri kita sendiri. Apabila dah ada perasaan sedemikian, hapus, punah segala masa depan. Gelap!! Kita takut berimpian pasal kita tidak yakin. Kita malu untuk berimpian. Seolah ada suara yang berkata...."eh eh muka macam hang ni nak pimpin dunia... piiiii lah!!" .... padahal suara kecil itu datang dari dirinya sendiri. Kita seolah-olah ada punyai dua personality. Sebahagian dari kita nak... dan sebahagian dari kita menghalang.
Siapa yang jelas, bersedia, sungguh-sungguh kuat kemahuannya, pasti boleh mengatasi suara kecil negatif tadi.
Untuk mengatasi perasan 'rendah diri' tak bertempat ini, saya sering katakan pada diri saya sendiri..
"Kalau aku buat kerja tu, hari-hari, sampai seribu kali, tak kan aku masih bodoh lagi"?
Manusia Allah jadikan berupaya untuk berubah. Kita bukan kucing atau kera. Kita MANUSIA tau!! 
Kenapa takut pada diri sendiri? Yakin dan perasaan takut ini datang dari minda masing-masing. Semua dari akal fikiran kita yang bermain-main di kepala. Di tambah pulak dengan kata-kata orang lain yang negatif, bertambahlah akal dan fikiran kita berpusing-pusing. 
Perkongsian mereka memberi inspirasi kepada ramai orang
Baru-baru ini Pak Fauzi dan Ibu Anita berbicara ketika menjadi tetamu khas di STS Pullman Hotel, dia berkata... buat je... buat je.. jangan fikir-fikir... TABRAK!! NGOTOT!!...
Banyak berfikir, tak buat apa, tak bawa kita kemana.
Dalam banyak latihan Herbalife sering kami diingatkan, "lagi banyak kita fikir, lebih tak berani kita buat apa-apa..." langsung diam aje...
Antara cara menambahkan keyakinan, adalah kemampuan kita melihat masa depan... teruskan membaca:

3. Melihat masa depan diri sendiri. Kalau saya bertemu dengan orang baru yang berminat membuat business Herbalife, saya tanyakan soalan ini:
"Apakah yang kamu nampak diri kamu dalam Herbalife 5 tahun akan datang?"
Ada yang jawab nak pendapatan RM20,000 sebulan, ada yang RM50,000 sebulan, ada yang tak tahu...
Kenapa soalan ini sering saya ajukan?
Ambil contoh: Katakan kita sekarang berada dalam kereta dan tengah memandu. Pasti kita ada tujuan kan? Takkan driving pusing-pusing tanpa tujuan? Mesti ada arah yang dituju. Katakanlah kita memandu bertujuan ke Kota Bahru. Pasti kita tahu berapa lama perjalanannya. Pasti kita tahu, bagaimana keadaan perjalanannya (naik bukit dan sebagainya), pasti kita tahu dimana tempat kita akan lalui (Bentong, Gua Musang...) WALAUPUN kita tak nampak lagi Kota Bahru tu sendiri depan mata kita, walaupun Kota Bahru tu makan masa 8 jam untuk sampai, dan disebabkan kita TAHU, sebab ada orang sebelum ini dah beri tahu, kita pandu kereta itu dengan penuh kesabaran.
Dalam Herbalife, inilah berlaku pada kami. ketika kami baru mula membuat Herbalife, kami tahu destinasi kami. kami tahu bagaimana rupa perjalanan yang harus kami lalui. Ungkapan "Talk to More People" itu bagaikan menekan minyak ketika memandu. Lagi ramai orang kita bercakap, seolah-olah lebih kuat kita tekan pedal minyak kereta kita untuk menambah kelajuan.
Kami nampak, kalau kami teruskan perjalanan, lalui semua kepayahan dan kesukaran (asam garam berniaga), pasti InsyaAllah, kami sampai juga arah tuju kami.
Mana kami tahu semua ini. Mana kami tahu masa depan kami? Siapa kah yang ajar?
Dulu suri-rumah, sekarang jutawan dengan Herbalife.
Ceritanya hanya boleh kita dengar dalam Herbalife event.
Jawapannya semua dari EVENT Herbalife!!
Disitu, orang yang berada dalam Herbalife 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun akan berkongsi pengalaman mereka. Mereka yang menceritakan apa yang ada dihadapan. Bila saya mendengar kejayaan mereka, pengalaman kehidupan mereka, saya jadi LEBIH TERUJA untuk menjadi saperti mereka. Sebab saya NAMPAK, kalau saya buat apa yang mereka buat, jangan fikir, buat je, YAKIN, PERCAYA, pada diri sendiri, IMPIAN saya akan jadi kenyataan, dengan izin Allah.
Lepas itu apa??
4. BUAT BUAT BUAT!!! Dah ada impian, dah yakin, dah nampak masa depan, apa lagi. Buat je lah. Bercakap lah dengan orang diluar sana. Bukan kita nak tipu depa. Kita makan produk. Dapat hasil. Salahkah kalau kita BERKONGSI dengan orang lain? Kongsi je. Bukan nak paksa orang. KONGSI KONGSI KONGSI!! 
Tiada paksaaan dalam Herbalife!!! Jangan fikir fikir. Herbalife tak bayar orang untuk berfikir. Herbalife bayar untuk kita sampaikan produk luar biasa ini kepada masyarakat. PERSON TO PERSON, CITY BY CITY, COUNTRY BY COUNTRY!!
Kalau kita sanggup kerja gile-gile, 10-16 jam sehari, untuk mendapat pendapatan RM5,000 sebulan, bekerja untuk orang,  kenapa tak sanggup bekerja 10-16 jam sehari untuk menjana pendapatan Royalties dalam Herbalife, RM10k, RM30k, RM50k, RM80k dan terus naik... terus naik...
Kerja kita dalam Herbalife, buat je... buat je... hari hari... hari hari... hari-hari... hari-hari... insyaAllah satu hari akan berjaya. Bagaikan sepohon pokok, kerjanya mengeluarkan pucuk daun setiap hari. Mula dari sehelai daun, bertambah dan bertambah, keluar dahan untuk menyokong pertambahan daun tadi, pokok membesar, sebab dah banyak daun, diteruskan lagi, daun demi daun, daun demi daun, sehinggalah ia menjadi pokok yang besar.
Kerja pokok durian ini adalah untuk mengeluarkan daun SETIAP HARI.
Jadi, kalau orang tanya lagi, kenapa ada yang berjaya, dan ada yang tidak? Mungkin jawapannya ada diatas...

Bagi sesiapa yang belum mencuba perniagaan Herbalife lagi, dan berminat untuk melihat peluang perniagaan ini, jangan segan, jangan malu, jangan takut. Lakukan perubahan untuk diri anda sendiri. Masa depan anda terletak kepada KEPUTUSAN dan TINDAKAN anda sekarang. Call/SMS saya 0126181095 atau pm facebook allen peter atau email saya melalui laman http://allenpeter.com
Selamat Mengubah Masa Depan Anda!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...