Wednesday, October 10, 2012

Saya tak de masa buat Herbalife...

Ramai berminat nak buat Herbalife. Mereka teruja melihat kejayaan sesetengah orang yang dah berjaya dalam Herbalife. Mereka nak jadi one of them. Dalam masa yang sama, setengah dari orang ini sedang bekerja dan mungkin memegang tanggung jawab penting dalam career mereka. Mereka akan habiskan masa mereka bekerja, bukan saja masa kerja yang ditetapkan (9am-6pm), tetapi juga masa malam mereka dan masa weekend mereka. Yang anih, hakikat memberi masa 'percuma' kepada majikan sudah diterima sebagai 'adat' malah kalau tidak dibuat, ia seolah-olah kurang komitment terhadap kerja atau syarikat.
"Unpaid over-time" sudah menjadi adat dalam budaya kerja masa kini
Saya berkata sedemikian sebab saya juga pada satu ketika dulu berada dalam golongan orang sebegini. Saya kerja setiap hari sampai jam 11 malam. Saya kerja hari Sabtu... hari Ahad, untuk menyiapkan sebuah projek. Pada satu ketika saya digelar 'super engineer' oleh salah seorang dari Team Consultant dalam projek berkenaan. Apa tah nya, seorang je yang menyiapkan design sebuah projek besar dalam masa yang singkat. Luar biasa! 
Hakikatnya, walaupun saya bekerja keras, impian saya tidak mungkin tercapai selagi saya bergantung kepada majikan saya. Berapa banyak bonus boleh saya harapkan, berapa banyak gaji majikan sanggup bayar, semua terletak pada budi bicara beliau. Yang penting, dia tak kan dapat memberi saya kaya.
Bagi mereka yang menghadapi perkara yang sama, tentu sekali nak buat Herbalife sangat mencabar. Dah le bagi 'masa FREE' kepada majikan, bila masa plak nak buat Herbalife?
Saya sering mengingatkan kepada mereka yang baru nak joint Herbalife, sumber yang diperlukan untuk menjalankan business Herbalife ini hanyalah 
1) Produk 
2) MASA. 
Produk senang je. Beli je, dapatlah. Nak jadi Senior Consultant ke, Success Builder ke, atau nak jadi Supervisor terus. Mana-mana no problem! Tetapi yang mencabar sungguh-sungguh adalah masa. Cuba kita lihat kenapa masa itu begitu penting dalam Herbalife?

1. Masa untuk belajar. Tipulah kalau ada yang kata buat Herbalife tak payah belajar. Joint je terus boleh jalan dengan sendirinya. HELLO!! Ini bukan skim pelaburan tau! Herbalife ialah BUSINESS!! Tau business tu apa? Kena beri masa untuk jalankan business. Tapi kalau kita tak tahu nak jalankannya, then no choice! BELAJAR! So mcmna nak belajar? Tidur je, letak headphone kat telinga, 'on' MP3, sambil tidur boleh belajar ke? Lagi tipu! Nak berjaya dalam Herbalife mesti ADA MASA UNTUK BELAJAR!! So macamna nak belajar?
 a. Hadiri semua event Herbalife. HOM, STS, Distributor training, Supervisor training, focus group, Senior Consultant training, Spectacular, Extravaganza, Herbalife University, Dream Team Retreat, Zero2hero dan banyak lagi training yang ada. RAMAI orang kata, SAYA TAK DE MASA NAK PEGI TRAINING!! Orang ini sudah menutup peluangnya untuk belajar dan terus berjaya dalam Herbalife. I CAN'T HELP YOU in anywhere. Nak dapat sijil degree, kita sanggup pegi kelas hari hari selama 3 tahun. Dapat kerja tak tentu lagi, dan kalau dapat pun, gaji tak mencukupi. Nape tak nak ada SAME ATTITUDE bawa dalam Herbalife. Give yourself time to learn! 

Herbalife Opportunity Meeting (HOM) setiap minggu
dan special sharing oleh tetamu khas
Success Training Seminar (STS) hampir setiap minggu di sekitar Kuala Lumpur

Latihan Zero2hero

Herbalife University
b. FIELD WORK Level 1! Belajar sambil buat kerja. VERY EFFECTIVE!! GUARANTEE!! Apa dia cara ni plak? Haaa... caranya, bawa sponsor atau upline anda, pegi buat appointment dengan sesiapa je yang anda kenal, dan buat presentation bersama upline sponsor anda. Belajar dan lihat dia buat presentation. Belajar tau!! Bukan sponsor anda buat tu free free je. Dia buat untuk anda belajar. Sekali, dua kali dan 3 kali lepas tu, awak buat sendiri. Sponsor kena lepas tangan. Kalau tak, sampai mati awak bergantung dengan kita. Untuk cara ni, YOU KENA ADA MASA UNTUK BUAT APPOINTMENT! Kan masa lagi.... dah kalau orang tak de masa, dia akan punya alasan... "huhu saya tak de masa nak jumpa orang..." Apa boleh sponsor buat dengan orang macam ni? IMPOSSIBLE SITUATION!! So penting awak kena ada masa untuk berjumpa dengan orang bersama sponsor anda.
Memerhatikan sponsor anda membuat presentasi sebenarnya
cara tepat untuk belajar dalam Herbalife.
Ajak sponsor untuk datang ke rumah kawan untuk belajar buat
wellness evaluation dengan mereka. Banyak perkara boleh belajar dari sini.

c. FIELD WORK Level 2! Ada level plak tajuk Field Work ni. Apa dia level 2? Awak jumpa orang sendiri, buat presentation sendiri, closing sendiri, semua sendiri. JANGAN TAKUT. Jangan ada niat nak jual. Niat nya NAK PRAKTIS! Kan ini masih fasa belajar. Soalannya lagi, adakah masa kita untuk buat temu-janji dan presentation dengan orang? Bila nak buat? Malam lepas kerja? Sabtu? Ahad?
I can't help you...
Lagi sekali... alasan biasa... "saya tak de masa nak jumpa orang...saya banyak kerja office.." jawapan saya ..... I CAN'T HELP YOU!!
Formula untuk berjaya dalam Herbalife adalah 
menukarkan MASA kepada HASIL!!
2. Masa untuk buat kerja. Saperti juga diatas, Herbalife bayar kita untuk bercakap dengan orang. Tu je. Cakap cakap cakap cakap cakap cakap cakap..... sampai Pres Team.... lepas tu... cakap cakap cakap cakap cakap sampai Chairmans Club.... lepas tu cakap cakap cakap cakap cakap... sampai Founder Circle..... sampailah income kita RM1juta sebulan pun kita masih cakap cakap cakap untuk meningkatkan pendapatan kita 'to the next level'. So kalau you sibuk sangat dengan career sekarang, kemudian nak maju dalam Herbalife, tapi tak de masa nak belajar, tak de masa nak cakap dengan orang, APA BOLEH SAYA BUAT?? I cannot help you. I can only help you if you HELP YOURSELF!!
Rancanglah diri sendiri untuk memberi masa supaya Herbalife boleh berkembang dalam diri awak. It cannot grow by itself. It need your special attention and time to grow. Like baby, that need your special caring, passionate and love.
Baby need special caring. You need time for this.
Tahun pertama saya dalam perniagaan Herbalife, ketika Puan Kamilah kembali dari World Team School di Korea (ketika tu saya belum World Team lagi..) dia share dengan saya apa yang dia belajar di World Team School tadi. Saya fahami dan amalkannya dalam kehidupan saya. Dia kata:
Manusia tergolong dalam empat kumpulan.
1. Orang yang ada MASA dan ada WANG. Terbaek! Orang dalam golongan ini ada masa untuk belajar dan buat kerja, dan ada wang untuk beli produk, pergi training dan sebagainya.
2. Orang yang ada WANG tetapi tak de MASA. Golongan ini sukar buat Herbalife. Walaupun dia boleh jadi supervisor dengan mudah, tapi dia tak de masa untuk belajar, dan buat kerja. Kalau dia tidak juga mengadakan masa untuk Herbalife, dia akan give up.
3. Orang yang Tak de WANG tetapi ada MASA. BEST!! Sebab ia ada STRONG reason untuk kerja. Pasal dia tak de duit. And dia ada masa untuk belajar, dan buat kerja. Dia boleh menukar masanya tadi kepada kejayaan... Kalau dia bijak gunakan masanya dia, mempunyai impian untuk berubah, pasti dia boleh berjaya dalam Herbalife.
4. Orang yang takde MASA dan takde WANG! Ramai orang jatuh dalam golongan ini. Dia tak boleh buat apa2 dalam kehidupannya melainkan mengikuti arus suasana yang dia ikuti sekarang. Arus itu tidak akan membawa ia mencapai impiannya, malah arus itu membawa dia menolong mencapai impian orang lain. Dia terperangkap dalam arus itu. Tak boleh lari. Ta boleh buat apa. Pasal dia tak de wang dan dia tak de MASA. He bearly cannot do anything. Its a Rat Race. Golongan ini memang sukar untuk buat Herbalife. Nasihat saya kepada orang golongan ini, jika anda nak berubah, nak mencapai impian anda, KELUAR sekarang dari suasana ini. Pergilah cari kerja yang memberi masa untuk membuat kerja-kerja peribadi. Biarlah gaji agak kecil sedikit, Sebab, kalau anda percaya Herbalife dan anda percaya diri anda sendiri, insyaAllah imbuhan yang anda akan dapat lebih besar dari gaji yang anda kejar tadi.
Cuba lihat diatas. Di golongan mana kah anda berada sekarang?

Saperkara lagi nak beri peringatan buat mereka yang nak buat Herbalife, tetapi masih bekerja dengan majikan. Kalau Herbalife lah pilihan utama anda, pastikan anda tidak dinaikkan pangkat. Sebab bila anda naik pangkat, tanggung jawab bertambah, anda sudah tidak punya masa untuk memikirkan untuk diri sendiri. Pemerhatian saya, lebih tinggi anda berada dalam satu organisasi itu, samada kerajaan atau pun swasta, lebih sukar anda untuk keluar. Sekali lagi, ini hanya untuk orang yang memilih Herbalife sebagai pilihan utama mereka. Nasihat saya, jangan naik pangkat dalam kerja anda sekarang. Naiklah level dalam Herbalife... go for your President Team!!
Kelebihan berniaga Herbalife, masa dnegan anak-anak, kita sendiri yang
tentukan bagaimana kita mahu meluangkan masa dengan mereka.
Bagi ibu-ibu yang ada anak, tentu banyak alasan mengenai anak tak de siapa yang nak jaga, so tak de masa nak buat Herbalife. Tak de masa nak pegi training, suami tak de orang jaga, hari ahad kena pegi training. Sekali lagi saya nak kata sini, NOTHING CHANGE!! Tak de masa pegi training, tak de masa jumpa orang, makna tak de masa nak bina perniagaan Herbalife. Sama je. Yang herannya, kalau ibu tadi ditawarkan kerja di Petronas dengan gaji RM12,000 sebulan, pasti dia akan cari jalan uruskan anaknya tadi. Tetapi anehnya, bila dalam Herbalife, nak pendapatan RM50,000 sebulan, alasan-alasan tadi jadi penghalang! Apakah kita bersifat adil terhadap diri kita sendiri?
Masa adalah sangat penting dalam kehidupan. Allah sendiri bersumpah dengan Masa dalam surah Al-Asr. Digambarkan bertapa ruginya manusia yang tidak menggunakan masa dengan sebaik-baiknya. Kenapa Allah bersumpah dengan Masa kalau ianya tidak penting.
Semuga kita semua menggunakan masa kita untuk membina masa depan yang gemilang dunia dan akhirat. Saya akhiri entry saya dengan sepotong ayat bermaksud"
Firman Allah Taala: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan  Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan”. (Surah al-Hasyr:18).
Apakah yang kita buat sekarang untuk hari esok? Itu juga berkaitan dengan masa! Wallahualam.

PS/ Tulisan diatas adalah seikhlas-ikhlas sharing saya kepada semua orang berdasarkan kepada pengalaman saya dan tidak ada niat langsung penulisan ini di tuju kepada mana-mana individu. 


Disclaimer
***These results are not typical. Individual results will vary.
***Keputusan ini adalah tidak tipikal . Keputusan individu mungkin akan berbeza-beza

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...