Saturday, December 29, 2012

Resolusi Tahun Baru 2013 - Turun Berat Badan!



Salam Spectacular! Kini tinggal beberapa hari lagi sebelum berakhir tahun 2012. Aduh! Cepatnya masa berlalu. Bulan depan 25-27Januari adalah Spectacular kami yang ke-7. Dan ini ini adalah Spectacular pertama kami hadir sebagai President Team. Alhamdulillah.

Ok! Balik cerita pasal hujung tahun 2012. Pada kebiasanya, hujung tahun ni meriah. Pasal cuti sekolah. Ditambah pulak dengan cuti Krismas dan cuti awal tahun baru. Masa ini lah ramai orang mengambil kesempatan untuk 'relax', sebelum memulakan tahun baru. Ada yang bercuti keluar negara, bercuti dalam negara, balik kampung, pergi kenduri kahwin,  dan ada yang tak buat apa langsung, memang sengaja nak relax kat rumah. 
Apa pun aktiviti anda lakukan, makanan selalu menjadi agenda utama.
Dalam suasana apa pun, makanan selalunya merupakan agenda penting semasa bercutiSiapa pulak yang sanggup ber'diet' ketika bercuti. Masa ni lah rasa nak belasah. Masa ni lah nak relax dari stress, nak bebas. Nak buat apa saja yang suka. 
Jom kita perhati beberapa situasi:
1. Menjamu anak-anak di rumah.
Bagi kaum ibu, semasa anak-anak cuti ini lah, mereka akan memberi perhatian lebih sikit. Ibu tadi akan pastikan makanan tambahan sentiasa ada di rumah. Kuih, ais kerim, coklat. Peti ais pun sentiasa penuh. Tin biskut pasti sentiasa berisi. Kaum ibu bertambah rajin memasak untuk menjamu anak-anak di rumah. Dah kalau makanan sentiasa ada je kat rumah, ibu atau bapa tadi besar kemungkinan akan tumpang sekaki. Ikut je lah makan. Memeriahkan majlis lah katakan. 
Peti ais selalu penuh dengan barang makanan semasa cuti anak sekolah.
2. Bercuti.
Tak kira lah bercuti dalam negara atau luar negara. Makanan pasti menjadi agenda penting. Betul? Ambil contoh kalau bercuti keluar negara saperti Australia. Masa belum berangkat lagi, kat  KLIA dah mula pikir pasal makanan. Mungkin MacD menjadi pilihan, atau KFC. Dalam flight, makan lagi. Turun flight, check-in kat hotel, bila dah selesai, "Jom kita pi cari makan...". Malam pun makan lagi. Lepas tu, beli pulak makanan bawa masuk bilik hotel. Penuh susun atas bar dalam bilik. Lumayan. Esok pulak, pagi dah set kat mana breakfast. Lepas tu lunch pulak. Snacking! Ada saja makanan yang enak-enak kita jumpa tepi-tepi jalan yang menarik. Kebab, Ais kerim, Candy. Semuanya menyelerakan. Mana nak fikir diet masa ni. This is the time to enjoy! Kalau cuti 10 hari, bayangkan, bertapa fiestanya percutian ini. 
Tempat persinggahan biasa sebelum menaiki flight keluar negara.
Agenda dinanti-nanti semasa dalam penerbangan.. Memang sedap!
Percutian Herbalife kami di Gold Coast Australia lumayan dengan makanan. Alhamdulillah.
Percutian Herbalife: Makanan memang best gile!!
Tak cukup! Beli pulak kat mana2 supermarket,
stock snacking dalam bilik hotel. Satu perkara biasa.
Tak kurangnya percutian dalam negara. Ambil contoh bercuti kat Cherating, Pahang. Masa bertolak dari KL dah ada bekal makanan dalam kereta. Keropok, biskut, coklat. Berhenti jap isi minyak kat Petronas. Singgah pulak Mesra, ambil lah kacang ke, coklat ke. Sampai ke Cherating, check-in bilik hotel. Pastu nak buat apa? Jom cari keropok leko... Mmmm. Lepas tu makan malam, sure lah nak makan ramai2, ikan bakar. Order macam2, teh tarik, fresh oren. Begitu lah halnya, makanan pasti menjadi agenda utama semasa bercuti.
Sandwich bekal makanan dalam kereta.
Zaman sekarang, stesen minyak bukan jual minyak kereta je,
jual minyak untuk badan orang lagi banyak untung! Hoho
Tempat singgah menjamu selera.
Sentiasa memanggil. Biar perut masih kenyang,
inilah masanya.. berhenti jap.
Seronok dapat makan macam2 masa bercuti.
Saya tak kata makan-makan masa bercuti itu salah! Seronok tu. Dah bercuti namanya. It's ok. Have fun everyone. Enjoy!

3. Kenduri
Hujung tahun, terkenal dengan musim kenduri. Kita lihat senario mereka yang terlibat dalam mengendalikan kenduri samada anak kita sendiri kahwin atau kita tolong kenduri saudara mara kita. Dalam hal kita terlibat dalam kenduri tu, makanan lagi menjadi 'minyak' penggerak kenduri. Tuan rumah pasti sentiasa menyediakan air manis, teh-o manis, dan banyak lagi makanan ringan untuk menjamu saudara-mara yang datang membantu. Takkan lah dah datang tolong, tak hidang apa2 kan? Mesti nak bagi mereka 'senang hati'. Betul tak? 
Makanan kenduri - Berapa kalorie nie? 
Masa ini, kita tak pernah 'audit' berapa banyak makanan dan air manis masuk dalam mulut. Bersembang, ketawa, suap.... bersembang ketawa suap... sedar-sedar dah kenyang. Tak pe. Kenduri nak bersuka ria. 
4. Balik Kampung.
Tidak kurang juga, bila balik kampung menziarahi ibu-bapa, makanan juga menjadi agenda utama. Ibu-bapa yang di ziarahi pasti tidak akan senang melihat anak-anak dan cucu-cucu mereka tidak dijamu dengan makanan bila sampai di rumah. Ini adalah perkara biasa bagi semua orang. Tak cukup yang dimasak di rumah, di beli pulak segala macam makanan diluar. Kena rai tetamu lah katakan...
5. Saja-saja tak buat apa kat rumah.
Disini saya nak share entry dari http://kisah-najwa.blogspot.com/2012/01/cuti-cuti-makan.html
Bulan 1 2012 nie, ada banyak Public Holiday... sungguh bahaya tau...Bahaya bukan sebab banyak kreta atas jalan raya....Bahaya bila hanya duduk rumah... dan mula makan setiap 2 jam sekali... sungguh bahaya kan...Cuti tahun baru semalam... Pagi( bukan pagi sgt lah... bngun pun dah kul 11....new year eve layan movie sampai kul 3.30pagi).... makan roti canai sekeping....Tengahhari ..... (12.30tghhari) makan nasi + gulai daging + sayur kacang goreng campur ikan bilis goreng + bawang besar goreng.....Tup tap tup tap... tengok Movie, Terra Novva.... terkenang pulak bubur santan durian dalam peti ais... ambil lah setengah mangkuk cecah ngan roti gardenia sekeping....heaven (2.00pm)Layan balik ombak rindu buat kali ke-4, goreng pulak burger oblong ramly.... pergh.... itu baru siang... belum malam lagi.....Petang.... bakar kalori sikit dengan cycling and walking.... itu pun 60 kalori jer yang burn... makan nyer beribu kalori.... hahaha....Ini baru duduk rumah, belum keluar jalan2 lagi.... lepas New year nie, lagi 2 minggu cuti Hari Yam Tuan pulak, then selang seminggu CNY...aduh... mungkinkah akan bertambah kalori + berat badan nie....Kita tunggu dan saksikan....
Apa pun keadaan,  especially di Malaysia, negara makmur,  kita tak boleh lari dari fiesta makanan sebagai agenda utama dalam kehidupan. 

Yang menjadi perkara yang ketara kesannya adalah naik berat badan. Itu sudah pasti. Hujung tahun boleh dikatakan musim naik berat badan. Haha. Saya sendiri tidak dikecualikan. Baru-baru ini, saya tempah nak buat suit baru. Selepas 3 minggu, tailor panggil untuk buat fitting, dan semasa mencuba suit yang belum siap tadi, dia tanya, "ada naik sikit berat badan?" Haha Saya mengaku. Apa tak nya, Fiesta hujung tahun.

Naik berat badan no problem. Asal kita tahu kenapa berat badan kita naik. Kita sedar kita makan berlebihan. Kita tahu kesannya dan akibatnya. Yang menjadi masalah kepada ramai orang ialah mereka tak tahu bagaimana nak turunkan semula berat badan tadi? 


Resolusi Tahun Baru


Resolusi turun berat badan


Bila tiba tahun baru, ramai yang membuat resolusi nak turunkan berat badan samada dalam diam atau terbuka. Semangat membara. Taubat 'nasuha'. Tau dosa-dosa yang silam. Bertaubat tak mau buat lagi. Malangnya ilmu cara nak turunkan berat badan sangat cetek.  Selalunya buat ikut dan, ikut rasa hati, tahan makan sini, tahan makan sana. Beli obat sini, beli obat sana. Beli mesin. Joint Fitness Center. 

Kalau kita tidak punya ilmu dan info yang betul cara-cara nak turunkan berat badan, dan kita buat je ikut rasa hati, besar kemungkinan kita akan gagal. Setiap tahun kita gagal. Sehinggalah sampai satu fasa iaitu fasa "GIVE UP". Jangan sampai kita sampai fasa itu. 


Ini saranan saya bagi siapa yang membuat resolusi nak turunkan berat badan. Resolusi tahun 2013.

1. Anda perlu betul-betul buat KEPUTUSAN (DECIDE) anda nak turunkan berat badan. Bukan sikap saja-saja, cuba-cuba, try-try. Tak de orang berjaya dengan hanya try-try. So, DECIDE! Putuskan betul2. Tak de main-main. YES! SAYA NAK TURUNKAN BERAT BADAN SAYA. PASTI! TIADA ORANG BOLEH MENGHALANG, INSYAALLAH.

2. Tambah ILMU pasal nak turunkan berat badan. Keluarlah duit sikit untuk beli buku. Google, cari point dalam internet, beli majallah kesihatan. Belajar! Belajar! Belajar! Bukan apa, ini penting supaya kalau ada orang datang kat kite, nak jual obat nak turunkan berat badan, sekurang-kurangnya kita ada ilmu nak menilai baik buruk produk tu. Ini main bedal je. Beli je. Cubalah.. mana tahu... Orang yang mempunyai sikap ini adalah antara sebab utama GAGAL. Sikap amal tanpa ilmu.

3. Perhati dan kaji cara orang lain yang sudah berjaya menurunkan berat badan mereka. Perhati apa cara mereka guna? Ada produk tak? Dia makan apa? Diet tak? Mudah tak diikuti? Logic tak? Kaji.. kaji. kaji.. Itu pasal saya minta anda timba ilmu dulu. Tanpa ilmu, macam mana nak nilai seseorang itu?

4. Kalau dah minat dengan satu cara tu, cari orang lain yang dah berjaya menggunakan teknik yang sama tadi. Ini kita panggil 'testimonial'. Berapa ramai orang yang berjaya menggunakan teknik tu. Sihat ke orang-orang tu? Handsome tak? Kulit ok tak? Nampak lebih muda atau nampak tua? Nampak sakit tak? Kalau ramai orang guna, berjaya, sihat, nampak lebih muda, mungkin itulah caranya. Anda pilih.

5. Kalau teknik turunkan berat badan itu menggunakan produk. Kaji produk tu dalam aspek dibawah.

a. Berapa tahun dah produk tu di pasaran. Mana lagi anda percaya? Produk umur 5 tahun atau produk umur 30 tahun. Tentu lebih lama produk itu di pasaran, lebih meyakinkan. Betul?

b. Syarikat. Berapa umur syarikat tersebut? Siapa CEOnya? Siapa doktor dan ahli sains disebalik produk tersebut.

c. Kajian sains untuk menghasilkan produk. Adakah ia produk kaki lima? Atau produk yang melalui kajian sains yang mendalam untuk keberkesanan dan keselamatan pengguna.

d. Berapa ramai dah orang menggunakan produk tersebut. Adakah dia digunakkan diseluruh dunia? Atau di Malaysia sahaja?

Kalau anda punya ilmu, pasti soalan diatas akan membantu anda menilaikan sesuatu.

6. Pilih lah mentor atau coach untuk membantu anda sepanjang program menurunkan berat badan tadi. Bekerja seorang mengundang kepada kegagalan. Ada orang mempunyai personaliti yang kuat. Dia boleh bertindak seorang. Tetapi ada orang pulak perlu kepada coaching and mentoring. Nilai diri anda sendiri. Kalau rasa perlu kepada bantuan orang lain, maka wajib bagi anda mencari coach untuk membantu anda. Ingat, sedangkan Tiger Wood memerlukan coach untuk membantu ia berada di kedudukan teratas dalam dunia golf.
Sedangkan Pemain No1 dunia memerlukan coach.

7. Akhir sekali, bila anda sudah bermula dengan program, PASTIKAN JANGAN BERHENTI SEHINGGA MENCAPAI KEMENANGAN. Kalau ia memerlukan masa 12 bulan sekali pun, terus terus terus. Jangan berhenti langsung. Ada orang, bila dah turun 5kg, dia rasa nak celebrate. Dia mula balik ke gaya hidupnya yang asal. Disitu dia gagal. ADALAH SANGAT SUSAH UNTUK MEMULAKAN SEMULA SESUATU PERJUANGAN SELEPAS ANDA BERHENTI. 

BERJUANG BERHABIS HABISAN SEHINGGA MENCAPAI KEMENANGAN!!

Saya, isteri dan seluruh keluarga sudah lebih 6 tahun menggunakan produk Herbalife untuk membantu kami turunkan berat badan dan kekal memberi nutrisi harian. Kami sangat bersyukur kami diketemukan dengan Herbalife. Alhamdulillah.



Jika anda berminat nak tahu lebih lanjut mengenai bagaimana kami turunkan berat badan menggunakan produk Herbalife, sila hubungi kami. InsyaAllah kami berusaha membantu.

Bacaan tambahan
http://allen-peter.blogspot.com/2011/05/turun-berat-badan-insyaallah-pasti.html
http://allen-peter.blogspot.com/2012/02/lagi-pasal-turun-berat-badan.html
http://allen-peter.blogspot.com/2012/01/loose-weight-no-excercise-coach.html
http://allen-peter.blogspot.com/2008/04/how-much-healthy-meal-cost-you.html
http://allen-peter.blogspot.com/search/label/Testimonial

Saya dan Keluarga ingin mengambil peluang mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2013.
Disclaimer
***These results are not typical. Individual results will vary.
***Keputusan ini adalah tidak tipikal . Keputusan individu mungkin akan berbeza-beza


3 comments:

prasetyawan said...

Saya juga gabung bersama Herballife... punyai website ttg herballife di asiaherbaltherapy.com.
Tetapi dengan memaksakan loose a lot weight in short period apakah tidak akan mengganggu kesehatan?

Allen said...

Tanda badan 'dipaksa' ialah apabila berat otot (muscle) berkurangan banyak dan lemak tidak menurun. Tetapi dengan amalkan konsep 5x makan sehari, iaitu, shake, snack, shake, snack and dinner, insyaAllah berat muscle tidak menurun banyak tetapi lemak yg menurun. Tidak ada masalah bila lemak menurun. MASALAH BESAR bila muscle menurun.
Focus kepada penurunan lemak, bukan turun muscle.
Pengambilan protein dan air harus cukup.
Wallahualam.

Shamsudeen hawa ghani said...

Salam uncle allen..sy bru bermula dlm herbalife.... N then last year sy dh give up sebab sy rasa sy x mampu buat... This last week sy telah attend spectacular kat stadium putra... Bila sy nmpk uncle n auntie...sy rasa proud sgt kerana telah menjadi pres team...ditambah pulak anak uncle amalina n suaminya menjadi pres time jugak... Really proud kerana malay pres team... Tapi sy ingin mengikuti langkah uncle allen... Sy rasa semangat tp rasa blur nak mula mcm mna.. Sy ingin join dlm genH team... Dimana sy perlu bermula uncle?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...