Monday, December 3, 2012

Tangisan Seorang Ayah...

Macam baru je rasanya Extravaganza di Singapore June lepas, sekarang dah sampai ke penghujung tahun 2012. Aduh cepatnya masa berlalu. Apakah detik memori yang special di Singapore tu? Recognition kami sebagai President Team dalam Herbalife. 

Enam tahun lama kami mengikuti event Herbalife merata Asia Pacific, yang disertai oleh lebih 15,000-20,000 distributor, pasti keadaan sesak dan berebut untuk mendapatkan tempat duduk selesa semasa training itu satu cabaran. 
Sebagai President Team, Herbalife menyediakan tempat yang mudah untuk masuk, duduk dan pelbagai. Kami diberi sarapan shake, makan tengah hari dan boleh bercampur dengan President Team dari negara lain. Semasa pendaftaran, kami juga ada ruangan khas untuk mendaftar dan ruangan membeli 'merchandise'. Ini kami terasa amat selesa sekali. Terasa sangat berbeza sekali peningkatan dan layanan yang diberi oleh Herbalife apabila seseorang itu berubah menjadi President Team. 
Sewaktu saya dari World Team ke GET dan dari GET ke Millionaire Team, walaupun ada terasa perubahannya, tetapi jauh tidak sama apabila seseorang itu berubah dari Millionaire Team ke President Team.
Semasa kami mendaftar, kami tak perlu que panjang. Sangat selesa.
Kami banyak masa nak pilih merchadise, boleh fitting, dan bila-bila masa ke kaunter untuk membayar.
Setiap hari kami di President Team lounge disediakan dengan Shake dan makan tengah hari
Tempat training yang selesa
Tempat duduk kawasan President Team semasa training biasanya dipagar untuk memisahkan dengan peserta lain. Ini mungkin untuk mengelakkan kesesakan peserta masuk ke ruangan President Team untuk mengambil gambar. Bayangkan kalau ada 400 President Team di dalam dewan yang dipenuhi oleh 20,000 peserta, pasti President Team tak ada kerja lain selain senyum sepanjang masa semasa mengambil photo oleh peserta yang mencari inspirasi dari mereka.
Biasanya lagi, pagar kawasan President Team ini bersebelahan dengan peserta-peserta yang berkualifikasi VIP. Disinilah peserta VIP tadi berpeluang mengambil gambar dengan President Team dengan mudah.
Zul ketika VIP di Extravaganza Singapore mengambil peluang bergambar
dengan President Team dari pelbagai negara
Kami sekeluarga dari mula lagi ketika Extravaganza 2007 di Singapore, kami duduk bersama dalam ruang training, kami naik bus bersama, kami beratur bersama, kami berebut kerusi bersama dan kami makan dan berehat bersama sekeluarga. Tahun ini, saya dan Asriah mula mendapat layanan khas sebagai President Team sementara Amalina dan Abqari masih terpaksa melalui keadaan yang sama bersama 20,000 peserta lain.
Extravaganza pertama kami 2007 Singapore, kami datang sekeluarga. 
Tahun kedua Extravaganza di Bangkok.
Yang amat menyedihkan apabila mereka datang kepada kami dari 'kandang' VIP memanggil kami untuk mengambil gambar. 
Ketika ini, kami amat terasa terpisah sebab tahap President Team sangat berbeza sekali.
Disebabkan mereka duduk VIP, Asiyah sempat kami bawa masuk kandang President Team

Episod Sedih..
Saya tak boleh lupa, semasa training berjalan, Amalina datang kepada saya, terpisah dengan pagar tadi, menangis sambil berkata "Ina nak President Team Abah...." Masih terang lagi ingatan itu dalam memori saya. Tak tahan saya menahan emosi semasa itu,  satelah ia kembali ke tempat duduknya, saya terpaksa mencari seseorang untuk meluahkan rasa sedih saya tadi. Saya tak tahu kenapa, dalam ramai-ramai President Team masa itu, saya memilih Pak Fauzi untuk saya luahkan kesedihan saya tadi. Pak Fauzi duduk selang 5 meja dari kami. Saya terus pergi kearah tempat duduknya, dan terus memeluknya sambil berkata dalam tangisan "tolong kami... tolong kami agar Amalina Abqari jadi President Team". Pak Fauzi ketika itu terkejut sekali sambil melayan kesedihan saya ketika itu. Puas saya luahkan, saya kembali ke tempat duduk saya dengan tenang dan berdoa "Ya Allah, permudahkan lah urusan kami..."
Selepas dari event di Singapore tersebut, kami saperti biasa bekerja untuk mencapai impian masing-masing. Alhamdulillah kami mempunyai team yang sangat berdedikasi, yakin, bekerja keras untuk mencapai impian masing-masing. Setiap orang membuat keputusan untuk berubah. Kami lalui Zero2hero pada bulan July, Herbalife University bulan September dan Amalina Abqari 'hit' Pres 1 mereka bulan September itu juga.
Pada waktu 2nd cut Pres Team mereka bulan Oktober, Pak Fauzi dijemput datang ke Malaysia untuk menjadi Guest Speaker Putrajaya STS. Ketika kami bersama beliau, dia menyebut semula apa yang berlaku ketika di Singapore lalu. Katanya "Saya terkejut Pak Allen datang kepada saya menangis... saya pun menangis juga selepas itu"... SubhaAllah begitu indah nikmat Allah diberi didalam suasana Herbalife, satu persahabatan yang amat unik terhasil. Bagaimana saya boleh berkawan rapat dengan Pak Fauzi dan Ibu Anita? Mereka dari Solo Indonesia. Tak pernah berjumpa melainkan di event Herbalife. Tapi terasa persahabatan yang sungguh unik sekali. Alhamdulillah terima kasih Allah. Terima kasih Allah.
Persahabatan kami dengan President Team Member Pak Fauzi dan Ibu Anita dari Solo
bermula dalam Herbalife
Pak Fauzi dan Ibu Anita sewaktu di Kuala Lumpur sangat membantu Amalina dan Abqari dalam pencapaian PresTeam 2nd cut mereka. Saya amat berterima kasih atas segala pertolongan dan doa mereka kepada kejayaan kami di Malaysia.
Apa yang saya nak sampaikan disini, perjalanan ke President Team memerlukan kepada kehendak yang tinggi, dengan tangisan, berharap kepada Allah, bekerja keras untuk membantu orang lain untuk sama-sama berjaya. Ianya bukan satu yang kita kata "InsyaAllah masa saya akan tiba". Saya tidak pernah nampak, atau saksikan, tahap ke President Team beraku secara sambil lewa. Sesiapa yang nak sangat President team, naaaak sangat untuk berjaya, buanglah sikap acu tak acu tu, buanglah sikap rasa 'tak pe', buang lah sikap rasa "my time will come", you got to work hard to make things happen.
Ia bagaikan sebuah pesawat, untuk ke ketinggian 1,000 meter, mudah je, pesawat kipas memadai. Untuk ke ketinggian 10,000 meter, memerlukan pesawat 'jet turbine'. Tetapi untuk sebuat pesawat menebusi angkasa, memerlukan satu 'booster' yang sangat kuat supaya pesawat itu mempuyai kuasa melawan kuasa graviti dan apabila pesawat itu di angkasa, ia tidak lagi memerlukan kuasa yang banyak untuk bergerak. 
Untuk menjadi President Team, anda perlu kepada 'booster engine' tadi.
Tangisan itu tanda bersungguh-sungguh. Tangisan tadi bukannya kesengsaraan. Tangisan yang berupa semangat yang tinggi untuk berubah, semangat yang amat luar biasa. Kalau saya tidak menangis berdepan Pak Fauzi, mungkin dia juga tidak dapat merasa apa yang saya cuba sampaikan. Tetapi dengan tindakan saya tadi, Pak Fauzi langsung faham apa saya maksudkan. Mungkin dia juga berdoa kejayaan kami.
Untuk team saya, Musab and Qurratu Ain, Maryam and Hafiz, Wan Anuar and Rafiah, Farah Syahirah dan Aziz, Ismail Jaafar dan Ayu, dan ramai lagi, believe me, WORK HARDER, say you really want it, you meant it, cry if you have to, feel the pain if you have to, the journey to President Team is a journey worth striving for. InsyaAllah everyone of you can do it If ONLY you believe you can do it. May Allah ease your journey to success in a very short time from now.



Disclaimer
***These results are not typical. Individual results will vary.
***Keputusan ini adalah tidak tipikal . Keputusan individu mungkin akan berbeza-beza

3 comments:

z said...

Alhamdulillah. Tangisan yang berbaloi. Tahniah uncle and tahniah Mel. Nak sangat be in your shoes badly. tapi action tak sekuat hati. Risau betul. InsyaALLAH doakan kami uncle :')

noorliana zamri said...

Alhamdulillah berjaya Amalina dan husban menjadi president team...baru semalam farah bgth dekat STS hotel seri pacific...muda lagi dah jadi president team..

Suka Uncle Allen jadi speaker..

mspfaz said...

Usaha tangga kejayaan. Kalau azam disertakan dengan kerja keras, insyaallah satu hari nanti boleh mencapai cita- cita tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...