Friday, June 28, 2013

Kegagalan Adalah Satu Peluang.

Saya bukan lah seorang pelajar cemerlang sewaktu di sekolah dulu. Saya aktif tetapi mungkin tiada penekanan kepada pelajaran. Tapi saya tidak pernah menyesal. Sibuk dengan aktiviti sukan dan sekolah telah sedikit sebanyak memberi pengalaman kepada saya bersosial, organize team dan club dan yang penting terdedah kepada problem solving. 
When we are rejected doesn't meant its the end of story
Dengan keputusan tak seberapa itu, saya mohon untuk masuk ITM (Institut Teknology MARA) tetapi REJECTED.. huh sedih.... Tetap saya tak pernah kecewa. Untuk menunggu next intake, saya masuk kelas Tingkatan 6 bawah. Di sini saya banyak sekali belajar benda baru. Pendek kata, setiap 'kegagalan' itu saya penuhkan dengan peluang. Saya ingat lagi, kami ada seorang guru sains muda, graduate Australia yang sangat creative, aktif dan rajin. Banyak aktiviti2 lab, experiment dan outing yang dibuatnya untuk pelajar. Ada satu hari tu, saya minta ayah saya membeli jantung lembu untuk kami buat kajian lab. Kami juga pernah buat experiment bagaimana daging hancur dalam tabung uji hasil dari tindakan enzim. Sangat2 best!! Seorang pelajar bila didedahkan dengan banyak perkara baru sangat membawa manfaat.
Aktiviti naik gunung semasa sekolah

Saya mohon lagi nak masuk ITM intake yang kedua tahun yang sama, iaitu bulan Disember. Kali ini, saya tidak memohon Diploma. Saya tau saya tak layak dan saya tak nak di 'reject' lagi. Saya sengaja apply PRA-Diploma. Ambil kau! ... begitu lah kuat hati saya nak masuk dalam U. Alhamdulillah saya diterima masuk dan dihantar jauh ke Arau Perlis.

Di situ juga saya banyak belajar. Saya belajar berkawan dengan orang bukan 'Sabahan'. Saya dah mula terdedah dengan orang dari Malaysia amnya - Kelantan, Johor, Penang, Melaka semualah!  Kami ditempatkan di Arau selama 6 bulan sahaja sebelum sambung di ITM Shah Alam. 

First time di Semenanjung, Arau, Perlis, saya terdedah dengan keadaan 'Adaptation', makna saya mesti berubah untuk menyesuaikan diri saya di tempat yang sangat baru. Cara bercakap saya sangat ketara sekali. Buka mulut je, orang dah tau.. "Dari Sabah ke?" Saya mesti sesuaikan diri saya dengan cara saya berfikir, cara saya bersosial, cara saya melawak, cara saya menegur orang, cara saya berjual beli... semua itu adalah satu pengalaman baru. Alhamdulillah saya diterima cepat dan bukan saja tu, saya dilantik menjadi President Pelajar Pra-Diploma semesta tersebut. Saya tak buat apa pun, mungkin saya mudah bergaul dan disenangi orang.

Pelajaran saya juga meningkat. Ketika SPM saya drop subject "Add Math'. Tapi saya terpaksa buat subject tu di ITM. Dan saya boleh. Malah saya score pulak tu. Lecturer bila tahu saya tak ambil Add Math SPM, dia risau. Tapi Alhamdulillah I can do it. Ini menambah keyakinan saya untuk lebih memperbaiki diri sendiri.

By doing something right, even how small it is, you build your confident

Tamat 6 bulan kami di Perlis, semesta seterusnya kami sambung di ITM Shah Alam. Di sini, competition bertambah sengit. Popularity saya di Perlis dulu tenggelam bila berada di tempat yang lebih ramai. Tapi No problem. Saya tetap saperti biasa, aktif, rajin dan bersosial dengan pelbagai jenis orang. Saya bersosial dengan orang 'huha', dengan geng dakwah, dengan orang senyap, dengan orang kaki belajar, dengan orang kaki couple (saya tak pernah couple k) dengan budak baik, dengan budak nakal... semua tu saya berkawan. Yang penting, saya tak pernah cari pasal dengan mereka. kalau tercari pun, cepat-cepat damai. Settle. No need ego. Ego tak boleh bawa kemana. 
Akitiviti sihat semasa muda banyak
membantu membina keperibadian

Sentiasa aktif
Habis 3 tahun, May 1985, saya mendapat diploma dengan 3 pointer CGPA. Yang bestnya, saya diterima sambung ke Glasgow, UK, atas tajaan kerajaan. 

Saya nak cakap sini... dulu nak apply diploma pun kena reject. Apa yang saya buat? Give up? Rosakkan masa depan saya? Alhamdulillah tak. Setiap detik masa berlalu saya penuhkan dengan opportunity to become better person. Walaupun jalannya agak jauh, tapi pembinaan keperibadian dan self development, dan dengan kuasa Allah, tangga yang saya lalu itu setapak demi setapak naik mencapai impian saya.

Apa pun kita lalui dalam kehidupan, sehari demi sehari adalah untuk kita penuhkan dengan manfaat supaya perubahan sedikit semi sedikit itu berlaku. Jangan nak harap perubahan besar saja. Sebab perubahan sedikit dan berterusan itu lebih besar kesanya dijangkamasa panjang.

Kalau saya bersifat complain complain complain.... Ooooo ITM pilih kasih.... Oooo orang semenanjung tak boleh buat kawan.... saya tetap duduk di tempat sama dan tetap akan terus complain complain complain. Tidak akan berlaku perubahan.

Percayalah setiap sesuatu yang berlaku dalam hidup baik kepayahan maupun kemudahan, itu adalah peluang untuk kita belajar dan menjadi orang yang bertambah baik. 

It is Who You Become that is more important than what do you get.

Kalau anda sekarang berada dalam kebingungan dan hampa mungkin atas sebab dalam satu masa banyak perkara tak berlaku sebagaimana yang diinginkan, jangan rosakkan minda, negative atau menghancurkan diri sendiri. Percayalah, setiap apa yang berlaku adalah untuk kita mengambil pelajaran supaya kita menjadi lebih bernilai. Lalui lah dengan kebijaksanaan dan selesaikan masalah yang dihadapi dengan seberapa segera. Peluang yang lebih besar menanti anda dimasa hadapan. InsyaAllah. Ameen.

3 comments:

munamuni said...

NICe sharing .:)

yusri wahab said...

Mana butang like .tak jumpa pulak..

Fazyat said...

Byk pengajaran yg boleh didapati. Thank you Tuan Haji... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...