Wednesday, October 23, 2013

Bukan Semua Orang Nak Kesihatan

Bukan semua orang nak sihat kan? Itu satu misteri. Tapi kami coach Herbalife bukanlah kerja kami nak selesaikan misteri tersebut. Apa yang kami buat ialah sampaikan khasiat kesihatan apa yang kami makan.

Saya sedih melihat ada seorang kenalan saya, kini mengalami pelbagai cabaran kesihatan, tetapi apabila saya berusaha nak berkongsi apa yang saya ambil yang ternyata membawa hasil Alhamdulillah, mereka tidak menerima dan malah tidak langsung mau bertanya.

Kalau tidak terkawal semasa muda, ini
mungkin menjadi makanan semasa tua
Kenapa susah sangat nak terima yang ini?
Berkhasiat dan memenuhi keperluan badan.

Saya tak kisah, kalau tak nak beli dari saya pun, ok. Kalau dia datang pada saya dan berkata, "Allen! saya dah  consume Herbalife" saya cukup happy. Walaupun bukan dibeli dari saya. Saya nak mereka sihat dan mendapat hasil yang sama.

Saya ingat satu ketika saya membawa seorang kawan makan di restaurant sea food. Dia tahu saya Alhamdulillah berjaya dalam perniagaan Herbalife. Saya teringin nak belanja dia makan. Saya order macam2, terlupa yang dia ada masalah darah tinggi dan kolesterol yang tinggi. Saya sedih melihat yang dia tak dapat menikmati makanan yang terhidang. Saya berasa bersalah. Dal hal demikian juga dia tidak pernah bertanya kepada saya apa2 cara untuk perbaiki tahap kesihatannya.

Kami hanya boleh menyampaikan, terpulang kepada mereka untuk menerima.

Jim Rohn pernah berkata


Jim Rohn


ANYONE can do this, but not everyone will. Why not? I really don't know, it's a mystery and we aren't paid to solve mysteries.






Saya sentiasa berdoa agar mereka dapat dibantu. Herbalife bukanlah untuk 'kuruskan badan' saja. Apabila umur kita meningkat, kita perlu banyak makanan berkhasiat untuk menampung sel-sel kita yang mula menua.

Kita tidak boleh menahan diri kita dari menjadi tua, tetapi kita boleh memasuki alam 'tua' dalam keadaan yang sihat, mampu bersukan, berupaya menikmati makanan secara sederhana, bermain dengan cucu, melancung bersama anak-anak dan keluarga, dan yang terbaik, beribadah dalam keadaan sihat dan dapat menyumbang banyak perkara balik kepada masyarakat.

Apabila kita mencapai umur 50'an, lama lagi kita perlu hidup. Kalau ditakdirkan umur kita sampai 70'an, makna kita perlu hidup 20 tahun lagi. Soalannya, apakah kita nak hidup dalam keadaan ceria dan sihat atau sebaliknya. 20 tahun bukan sekejap. Tambah2 lagi ianya adalah penghabisan dari umur kita di dunia. Alangkah baiknya, kalau kita boleh menyumbang terbanyak kepada keluarga dan masyarakat pada akhir-akhir hayat kita. Bukan kah itu satu keadaan yang terbaik?

Wallahualam



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...