Wednesday, January 29, 2014

Berani Membuat Perubahan!

Ramai orang ada impian. Sama ada impian ala 'Mat Jenin' atau impian yang dia yakin dia boleh capai. Sebelum impian itu dapat dicapai, ia perlu melalui proses dahulu. Iaitu USAHA. Ia bagaikan berjual beli. 

Kasut Louis Vuitton harga boleh mencapai RM4000 sepasang
Aku nak BELI kasut mahal. Pokoknya, nak beli guna apa? Mesti ada yang kita boleh gantikan dengan barang yang kita inginkan tadi. Dalam kes masa kini, kita gunakan wang.

Sama juga, nak beli Impian, harus dibeli dengan apa...? Mestilah usaha yang membawa nilai.



So?... Apa yang harus diusahakan?

Ada orang memberi masa yang banyak kepada kerjanya, tetapi satelah 10 tahun dia bekerja, hasilnya sama je. Apakah faktor, berapa banyaknya masa diberi akan menentukan kejayaan? Kalau begitu, kenapa ada orang dah kerja 30 tahun dengan majikan yang sama tidak berubah keadaan kehidupannya. Walaupun gajinya naik sedikit demi sedikit, tetapi dengan nilai harga barang dan inflasi yang juga turut menaik, serupa macam gaji tak naik juga.

So apakah masa menentukan kejayaan? Tentunya tidak. Jadi apa yang menentukan usaha kita membawa kajayaan?


Saya tertarik dengan pepatah Jim Rohn
"Bring value to the market place...."
"Membawa nilai kepada pasaran..."




Lihat perbezaan 2 orang ini:

Kerani dibayar RM8 sejam
CEO dibayar RM100 sejam

Kenapa bayaran yang ketara itu? Kita tahu masing2 juga menggunakan 24 jam sehari untuk hidup dan kerja. Masing2 menghirup udara yang sama, berdiri di bumi yang sama dan byk lagi persamaan. Tetapi kenapa perbezaan nilai pendapatan yang begitu besar?

Inilah yang dimaksudkan dengan nilai seseorang. The value that you can bring to the marketplace.

Nilai anda tertakluk kepada apa yang anda boleh berikan, atau solution yang ada boleh beri, yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain.

Maka untuk kita menjadi lebih bernilai, maka kita WAJIB berubah!!
Diamond di gali secara terbuka bersama tanah.
Perubahan memerlukan proses. Saperti sebutir berlian (diamond), ianya datang dari tanah dalam bentuk yang belum diprocess. Ia belum ada nilai lagi. Walaupun potensi nilainya sudah diketahui. Selagi ia belum dilalui proses pembersihan, saringan, pemotongan dan pengilapan, maka berlian tadi tidak ada nilai.
Ramai yang terlibat untuk mendapatkan
diamond berkualiti tinggi
Sama juga kita manusia. Semua orang nak jadi saperti berlian tadi. Dan semua orang ada potensi untuk menjadi berlian tadi. Tetapi tidak semua orang bersedia untuk melalui proses untuk berubah supaya potensinya tadi menjadi kenyataan. Selagi dia tidak melalui proses perubahan itu, ia tetap menjadi orang yang sama, serbuk tanah dan batu yang tidak bernilai sama sekali.

Didalam perniagaan Herbalife, kita semua terlibat dengan benda yang sama. Contoh, produk yang sama, market yang sama, syarikat yang sama. Maka kenapa ada menjadi  President Team dalam masa 6 tahun, dan ada yang kekal World Team sehingga 6 tahun. Walaupun kelihatan masing-masing membuat kerja yang sama, pergi Walk&Talk, ikut event, exited, dapat customer, dan pelabagai aktivity yang sama.
Apakah pin yang membawa nilai, atau orang
yang mendapatnya membawa nilai?
Jawapannya tentu sekali 'nilai' yang mereka bawa berbeza antara satu dengan yang lain. Kita tidak nafikan rezki di tangan Allah, tetapi kita juga tidak nafikan Allah memberi ruangan kepada kita yang berusaha.

Saya tertarik dengan pepatah Jim Rohn lagi...
"For things to change, YOU have to change. For things to get better, YOU have to get better."
Ungkapan ini menekankan kepada diri sendiri. Nak berjaya, sendiri kena berubah. Nak berjaya, sendiri kena menjadi lebih baik.

Pepatahnya lagi:
Success is not something you chase or you pursue. Success is something you attract by the person you become. Then shouldn't you spend a great deal of your time on becoming attractive...?
Be attractive katanya. Jadilah orang yang menarik. Jadilah orang yang membawa nilai. Someone who brings value. Seorang yang membawa manfaat kepada orang lain.

Sedikit tips untuk menambah nilai:
  1. Mula baca buku 'Personal Development'. Setiap hari. Apabila terasa minda kita kosong, atau perniagaan tidak menjadi, cari jawapannya dalam diri sendiri melalui buku-buku tersebut.
  2. Tingkatkan skills melalui 
    • membaca - cari buku mengenai sales, building relationship dll
    • menghadiri training - selalu cari jawapan dalam training.
    • memilih mentor - bukan satu, tetapi banyak. Anda perlu idea yang banyak. Seorang mentor adalah terhad kepada 1 atau 2 idea sahaja.
    • buat kerja yang banyak (field work). Lakukan banyak kesilapan dan belajar betulkan. Cari jawapannya dari senarai diatas.
  3. Bergaul dengan orang yang lebih berjaya. Anda akan mendapat manfaat dari cara mereka berfikir dan menyelesaikan masalah, impian mereka, sikap mereka dan banyak lagi sikap yang membantu mencapai kejayaan.
  4. Melakukan kerja dengan CEMERLANG (EXCELENT). Elakkan diri dari melakukan kerja saperti melepas batuk di tangga. Ini akan membantu membina sikap anda.
  5. Kurangkan berfikir.... buat je kerja. Kita tidak dibayar untuk berfikir dan membuat analisa. Kita dibayar untuk melakukan kerja. (Ramai orang suka membuat analisa politik dari surat khabar yang mereka baca. Malangnya, kebanyakkan mereka tidak menyumbang apa2 pun kepada masyarakat melalui analisa mereka).
Kejarlah impian anda. Impian anda sedang menunggu anda sekarang. UBAH cara anda berfikir. Jika anda masih berfikiran cara yang sama, anda akan sampai pada hasil yang sama.

Tujuan anda join Herbalife adalah untuk berubah, betul? Baik berubah kesihatan maupun berubah gaya hidup. Maka laluilah proses perubahan itu. Elakkan malas dan ragu-ragu. Terus terjun dan terus berubah.


Semuga Allah sentiasa memberi kita petunjuk untuk berjaya dunia dan akhirat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...