Wednesday, November 26, 2014

Apakah Herbalife masih relevan di Malaysia?

Apakah Herbalife masih lagi relevan di Malaysia? Sudah 8 tahun Herbalife bertapak, dan ramai orang tahu pasal Herbalife (andaian je ok), ramai dah cuba, ada yang berhasil dan ada yang tak berhasil. Ada pulak yang bila dah guna produk Herbalife, dah turun (Alhamdulillah), lepas tu naik balik berat badan... (macam biasa je..:)) 
So apakah Herbalife ni berkesan? 
Antara lain soalan-soalan lazim yang saya sering terima adalah: "Sampai bila harus saya mengambil produk Herbalife ni?" Dan ada pulak yang kata "Saya tak mau terikat dengan produk..."
Ok. Tak pe. Soalan diatas semua valid. Betul! Apa kata kita lihat dulu senario pemakanan di Malaysia khususnya.
Apakah sarapan rakyat Malaysia secara amnya. Jika saya Google image "Malaysian Breakfast", yang keluar adalah gambar berikut.


FAKTA: Kalau inilah secara amnya sarapan rakyat Malaysia ambil setiap hari, apakah kesan jangkamasa panjang yang mungkin berlaku. Makanan yang berupa kurang zat, protein, mineral dan vitamin dan terlebih lemak dan kalori akan pasti membawa kesan negative kepada rakyat Malaysia. Tiada seorang boleh menafikannya. Ini adalah fakta sains!
Sila baca atikel The Star 
Dalam artikel diatas, saya cuba gambarkan dalam betuk graphic, bilangan calorie yang akan diambil oleh seseorang dengan hanya satu sarapan saperti yang disebut dalam artikel diatas:
Ini baru sarapan. Apa pulak dengan makan tengah hari dan makan malam?
Dalam keadaan kesibukkan kerja, stress, tak de masa, kita sering memilih makanan untuk menyenangkan hati kita sendiri. Besar kemungkinan seseorang akan mengambil dalam lingkungan 3,000-4,000 kalori setiap hari, walhal badan kebiasaannya hanya perlu 1,500 - 2,500 kalori setiap hari. Walaupun kita excercise, dalam keadaan normal, penambahan kalori dari bersenam sahaja adalah lebih kurang 200 kalori setiap hari (mengambil kira bersenam 3 kali seminggu).
Saya punya pengalaman peribadi, lebih banyak kita bersenam, lebih banyak kita makan. Ini juga menjadi satu cabaran bagi yang memilih bersenam semata-mata untuk turunkan berat badan.
Berbalik kepada soalan asal tadi? Apakah Herbalife relevan lagi masa kini? Jawapan saya, selagi rakyat Malaysia tiada pilihan untuk mengambil makanan yang mempunyai khasiat nutrisi yang mencukupi SETIAP HARI, selagi itu mereka perlu kepada satu solution harian mereka. Herbalife boleh memenuhi kekosongan tersebut.
Soalan kedua: Sampai bila harus saya mengambil produk Herbalife? Jawapan saya, selagi anda tidak punya solution kepada pemakanan yang memberikan khasiat mencukupi kepada badan saperti protein, vitamin dan mineral, secara HARIAN, selagi itu anda perlu kepada produk yang dapat memberi penyelesaian tadi. INGAT! Kesihatan dan makanan kahsiat adalah sesuatu yang dilakukan SETIAP HARI. Bukan seminggu sekali atau sebulan sekali. Apakah anda mampu menyediakan makanan khasiat yang mencukupi setiap hari?
Soalan Ketiga: Saya tidak mau bergantung kepada produk. Jawapan saya: Allah memberi kita perut untuk menghadam dan memecahkan makanan tadi untuk kegunaan keperluan badan. PERUT ANDA BERGANTUNG KEPADA SESUATU. Anda tidak punya pilihan. Sistem badan kita memerlukan kepada pergantungan makanan khasiat. Tugas kita sebagai penjaga amanat badan adalah memberikan badan kita sendiri makanan TERBAIK, bukan makanan yang berupa perosak badan. Anda pilih yang mana?
Soalan keempat: Berat badan saya naik selepas berhenti makan Herbalife: Jawapan saya, bila anda berhenti dari makan produk Herbalife, apakah yang anda makan setiap hari? Jika makanan HARIAN anda berbalik kepada makanan atas tadi yang berupa tinggi kalori dan tinggi lemak, sudah pasti berat badan anda akan naik semula. Bukan produk Herbalife yang menaikkan berat badan anda. ANDA ADALAH APA YANG ANDA MAKAN (Setiap hari). 
Kesimpulannya, selagi anda tidak dapat datangkan solution kepada cabaran makan berkhasiat SETIAP HARI iaitu sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam dan SNACKING, selagi itu anda perlu kepada solution yang terbukti hasilnya. 
Saya dah mengambil produk Herbalife lebih 8 tahun dan Alhamdulillah ia telah banyak memberi kebaikkan kepada kami sekeluarga. Tidak dinafikan, kami juga menumpang seronok makanan Malaysia amnya, tapi kami juga dapat mengawal dari naik berat badan secara berlebihan, Alhamdulillah.
Ambillah Herbalife ini sebagai makanan utama harian anda untuk memastikan anda mendapat khasiat mencukupi yang badan perlukan setiap hari. Berbaktilah kepada badan anda sendiri dengan memberikan ia makanan khasiat yang diperlukan.
Untuk pertanyaan lanjut, boleh lah hubungi saya sendiri di 0126181095, insyaAllah saya akan usaha membantu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...