Wednesday, April 29, 2015

Saya tidak turun berat badan dengan Herbalife.

Melalui pengalaman saya yang sudah hampir 10 tahun dalam perniagaan Herbalife, tidak dinafikan ramai juga yang tidak dapat menurunkan berat badannya walaupun sudah mengambil program Herbalife. Saya sendiri pernah coach customer yang tidak turun-turun berat badannya. Pening juga kepala dibuatnya. Walaupun berdepan dengan cabaran tersebut, saya tetap yakin Herbalife boleh membantu menurunkan berat badan seseorang. Lihatlah berapa ramai testimoni-testimoni yang luar biasa.


Ada yang turun sehingga 66kg. Saya sendiri turun 10kg. Isteri saya turun 13kg. Adik saya, bapa saudara, anak saudara, kawan dan ramai lagi berjaya menurunkan berat badan mereka. Ternyata ianya berhasil.

Saya tahu, ada yang memberi alasan, "badan saya tidak serasi kot..." Bukan kah itu andaian saja. Apa buktinya badan kita tidak serasi? 

Di acara MDW yang berlangsung di PGRM Kuala Lumpur baru-baru ini, saya berkesempatan untuk bersama seorang Dr dari Brazil, Dr Nataniel Viuniski. Profile beliau adalah daperti dibawah:


Dr. Nataniel Viuniski is a pediatrician and nutritional expert whose main areas of interest are weight management and childhood obesity. He is also an advisor to Brazil's Health and Education Ministry for Childhood Obesity, a professor of human nutrition in graduate course work and director of nutrition service for Unimed Hospital in Rio Grande do Sul.

He is the author of "Childhood Obesity - A Practical Guide" as well as other published works. Dr. Viuniski holds a medical degree from the Medical School of Passo Fundo University in Rio Grande do Sul; a postgraduate degree in pediatrics from Children Hospital Conceicao de Porto Alegre; a postgraduate degree in nutrition from Brazilian Association of Nutrition; and a master's degree in weight control and physical activity from Rio Grande do Sul Federal University.

Saya berpeluang berjumpa dia semasa makan tengah hari. Untuk lebih meyakinkan saya, saya bertanya soalan yang biasa tadi, "Adakah kebiasaan, dalam pengalaman Dr selama ini berhadapan dengan orang yang tidak dapat turunkan berat badannya atas sebab badannya memang tak boleh turun?" Dia tersenyum dan mula memberi pandangannya kepada saya. Antara yang saya ingat jawapannya,
  1. Apabila pengambilan kalori kita berlebihan dari apa yang badan kita perlukan, kita akan naik berat badan.
  2. Apabila kita kurangkan pengambilan kalori tadi berbanding dengan apa yang badan kita perlukan, maka kita akan turun berat badan.
  3. Pengaruh keturunan adalah hanya 30% berbanding dengan pengaruh gaya hidup iaitu 70%. Dengan membaiki gaya hidup harian, kita boleh mengawal berat badan.
  4. Peningkatan umur juga mempengaruhi usaha menurunkan berat badan. Maka disarankan untuk meningkatkan pembakaran lemak, perlu ditambah dengan aktiviti fisikal atau bersenam.
Nah!! Itulah jawapan dia pada saya. Macam dalam buku. Apa makna ni semua. Bagi saya, tiada rahsia mengenai cara nak turunkan berat badan. "Pi mai pi mai tang tu" . Dari US ke China ke Brazil.... semua sama je. Jaga makan, tingkatkan pengambilan nutrisi, dan exercise!! Sebenarnya Allah jadikan ini semua mudah, tapi manusia memang nak cari jalan lain juga., kot kot mana tahu ada...
Berpeluang belajar dari pengalaman seorang pakar dari Brazil
Satu penerangan mengenai nutrisi
Ikut pengalaman saya, kebanyakkan orang yang gagal menurunkan berat badan walaupun dengan pengambilan program Herbalife, adalah disebabkan mereka tidak dapat mengawal pengambilan makanan TERUTAMANYA yang dikatakan cebis-cebis atau sedikit-sedikit itu. Selalu Nasi yang jadi mangsa! Tak mau sentuh kalau boleh. Tapi yang lain, biskut, mee sop, dan banyak lagi menjadi pengisi ruang.

Saya nak ambil contoh diri saya sendiri. Saya juga suka makan. Saya suka makanan bertepung, biskut, ice cream, coklat dan banyak lagi. Berat badan saya sudah pasti naik sedikit. Dan setiap kali nak start semula program untuk menurunkan semula berat badan, saya sendiri berhenti atas sebab tidak dapat kawal makanan kecil-kecil tadi. Saya tetap mengambil Shake setiap pagi. Disebabkan itu Alhamdulillah, saya tidak naik mendadak dan masih dalam kawalan. Herbalife shake banyak membantu. 
10 hari kami di Cagayan De Oro, kami mudah turun berat badan.

Sambung cerita mengenai diri saya, satu hari ketika kami melawat ke Cagayan De Oro, Philipine tahun lepas selama 10 hari untuk belajar mengendalikan Nutrition Club dengan ahli Herbalife di sana, kami dapati kesemua kami dari Malaysia (Muslim) turun berat badan dengan mudah sekali. Apa yang sebenarnya berlaku? Ceritanya begini....
Cagayan De Oro adalah satu bandar bukan mudah untuk mendapatkan makanan halal. Jadi kami terhalang dari pemakanan snacking (cebis-cebis) atau makanan di kedai. Menu pemakanan saya setiap hari disana adalah:
Begini lah apa yang saya makan setiap hari sehingga 10 hari. Bila balik ke Malaysia, saya perasan pinggang saya mengecil, seluar semua longgar dari yang biasa. HAPPY SANGAT SANGAT!! Ini membuktikan kita sebenarnya (termasuk saya sendiri) sangat banyak alasan tidak dapat turunkan berat badan padahal kegagalan kita adalah angkara kita sendiri.

Saya teringat seorang Dr pernah berkata, iaitu Dr Luigi Gratton, kalau seorang lebihan berat badan diletakkan di sebuah pulau yang jauh di tengah lautan dan tidak terdapat makanan proses, hanya makanan asli yang ada di pulau itu, pasti dia akan turun berat badan. 



Saya bersama Zulazlan
Ada seorang lagi sahabat yang saya ingin kongsi pengalaman. Zul seorang ahli Herbalife dari Taiping. Saya kenal dia agak lama, tapi lama tu juga saya lihat dia tak turun berat badan. Dia hanya menggunakan testimoni lamanya yang masa mula dia menggunakan produk Herbalife. Saya pernah bertanya beliau, kenapa tak turun-turun juga, dan seingat saya, dia tidak pernah memberi jawapan yang telus kepada saya.

Satu hari, saya perasan melihat penurunan berat badannya sangat ketara. Badannya semakin 'slim' dan dia nampak sangat positive. Saya mengambil peluang bertanya dia lagi, apa yang dia lakukan dan kenapa dulu sukar untuk turunkan berat badan. Dia mengaku yang dia tidak serious sebelum ini kerana beberapa cabaran yang dihadapinya. Apabila situasi terkawal, dia mula melakukkannya dengan lebih serious dengan menjaga pemakanan hariannya. Ini lagi satu bukti bahawa dalam satu masa, dia sendiri tidak yakin yang dia boleh menurunkan berat badannya. Keadaan membuktikan sebaliknya.

Herbalife bukan magic. Bukan ubat. Ia adalah pemakanan. Anda sendiri harus membuat keputusan untuk turun berat badan. Mempunyai keinginan dan membeli program atau produk sahaja tidak mencukupi. Semua bergantung kepada kehendak. Bak kata pepatah orang melayu "Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih". 
Biar pun seorang pelajar diberi biasiswa untuk belajar, kalau dirinya tidak mau belajar, tiada seorang pun boleh memaksa. Semua terpulang kepada diri sendiri.
Jangan mudah menerima dengan mengatakan "saya tidak serasi" sehingga kita benar-benar berusaha mengikut segala apa yang coach kita tunjuk ajar. Keseronokan kami sebagai coach adalah melihat pelanggan kami happy dengan hasil produk yang dialaminya. Setakat menjual produk atau program masih tidak membawa kepuasan kepada kerja-kerja kami.
Ramai yang pernah makan produk Herbalife dulu, dan berhenti, tetapi bila tidak ketemu dengan solution terhadap pemakanan sekarang, kembali mencari produk Herbalife. Nasihat saya, rajin-rajinlah mengikuti training terutamanya mengenai produk supaya tidak salah faham atau kurang faham mengenai keberkesanan produk atau program Herbalife itu sendiri. Call saya atau mana-mana coach sekarang dan minta mereka memberi tunjuk ajar. Semuga anda berjaya mencapai apa yang anda inginkan. Wallahualam.

Tuesday, April 21, 2015

Elakkan Penyakit Jantung Dengan Mengubah Gaya Hidup Harian Kita

Saya tak pernah tahu susahnya nak masuk ke IJN (Institut Jantung Negara). Ingatkan main pergi je. Sebenarnya tanpa dirujuk atau menggunakan saluran yang betul, agak sukar juga nak masuk. Tambah orang awam yang bukan kakitangan kerajaan. 
Hospital dah dibesarkan. Tentu bertambah bilangan katil, bilik, bilik-pembedahan, pakar dan kemudahan-kemudahan lain. Apa mungkin kes serangan sakit jantung di Malaysia bertambah, lebih pesat dari penambahan ruang hospital yang boleh menampung pertambahan pesakit tadi. Saya tidak ada statistic semua itu. Hanya pemerhatian saya apabila saya datang berkunjung ke IJN melawat kawan lama saya baru-baru ini.
Lalu terlintas di fikiran saya, Apa kata kalau seorang pesakit itu seorang biasa yang tiada kedudukan dan kewangan yang kukuh. Nak masuk IJN kena tunggu giliran dan bilik pulak sentiasa penuh. Nak ke hospital swasta, duit tak ada. Pergi hospital awam, sure boleh masuk, tapi, sama juga keadaannya,  dewan pembedahan yang terhad. 
Sudah pasti kalau sampai masanya Allah akan mengadakan jalan. Tapi apakah itu jalan yang selesa kita boleh harapkan sekarang. Bukan kah Allah suruh kita ikhtiar.
Satu kes pembedahan jantung di hospital swasta sekarang dianggarkan RM80,000. Tanpa insurans, habis juga simpanan masa tua. Di IJN, saya dengar lebih kurang RM40,000 bagi orang awam. Entah betul ke tak. Kalau bukan dua hospital diatas, nak masuk hospital awam, maka kena tunggulah giliran.
Jika berjaya melepasi pembedahan, pos recovery dan ubat-ubatan untuk jantung juga sangat mahal. Ramai yang merujuk kepada kerajaan supaya boleh mendapatkan ubat secara subsidi.
Kita tahu, pembunuh no 1 Malaysia adalah dari serangan penyakit jantung. Terbayang ke kita betapa kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar untuk menangani ini semua? Walhal penyakit ini boleh dikurangkan jika setiap individu boleh memperbaiki tabiaat pemakanan dan gaya hidup harian. Allah pinjamkan kita jasad dan adalah tanggung jawab kita menjaganya. Di dalam Al Quran, Allah juga pernah menyebut supaya memilih makanan dari yang halal dan thaib (baik). Bukan halal je yang jadi tanggung jawab kita tetapi mendapatkan makanan yang baik dan sesuai untuk badan juga menjadi tanggung jawab yang berat. Allah terus lagi dengan mengingatkan kita, janganlah kita ikut kata-kata syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata...
Penyakit jantung bukan datang tiba-tiba. Ia bukan satu yang umpama bila kita terjatuh, lalu mendapat luka di lutut serta merta. Penyakit jantung terbentuk dari kesilapan gaya hidup yang kita amalkan berulang-ulang kali, hari demi hari selama 10,20 30 tahun. Pilihan gaya hidup kita itu nampak sangat kecil, remeh dan tidak penting untuk dibesar-besarkan. Sekecil tidak bersenam, minum manisan, makan makanan berminyak, tidak mengambil makanan berkhasiat, kurang minum air, merokok.... Ini semua dianggap remeh, kecil dan tidak membawa sebarang akibat dalam jangkamasa yang pendek. Kadang tak nampak apa pun kesan walaupun selepas 30 tahun. 
Jantung kita sangat taat kepada tuannya. Ia tidak pernah gagal untuk bekerja mengalirkan darah ke seluruh tubuh badan kita. Samada kita tidur, atau berlari, jantung kita sentiasa ada bersama menyokong segala aktiviti yang kita perlukan. Malah bila jantung kita mula kurang sihat, ia tidak pernah complain atau bersungut, tiada apa tanda walau sedikit pun. Ketaatannya kepada jasad tadi sungguh mengkagumkan. Demikianlah agungnya penciptaan Allah.
Tapi setiap yang wujud juga ada penghujungnya. Jantung kita juga ada tempoh hadnya. Dalam keadaan memaksa dirinya bekerja untuk jasad tadi, bila mana ia tidak berkemampuan untuk meneruskan, maka perkara yang tidak disangka berlaku.
Marilah bersama kita raikan kempen kesihatan badan. Kita mulakan dengan diri kita sendiri. Usaha untuk mencari suasana untuk kita berinteraksi sesama manusia yang sealiran, yang maukan kepada gaya hidup yang lebih sihat. Luangkan masa untuk berubah. 
Mulakan dengan memilih makanan berkhasiat. Makan yang kurang lemak, kurang gula, garam, kolesterol dan tinggi kandungan khasiatnya. 
Lumrah bukan senang untuk lakukannya seorang. Maka carilah jalan untuk berada dikalangan komuniti yang sering bercakap dan berbincang mengenai kesihatan dan nutrisi (Health & Nutrition). 
Kesihatan bukan amalan sehari atau dua. Ia adalah amalan hari-hari. Saya sudah berumur lebih 50 tahun. Ayah saya sekarang berumur lebih 80 tahun. Kalau saya mengambil umur ayah saya, sebagai rujukan dan jika ditakdirkan umur saya sepanjang itu, saya ada 30 tahun lagi untuk hidup. Apakah saya hendak memilih untuk hidup dalam keadaan sihat atau sebaliknya. Saya akur dan tunduk kepada takdir Ilahi. Memang Allah yang menentukan. Tetapi bukan ke Allah jua yang memberi kita ruang untuk memilih dan berdoa. 
Kami sebagai pengedar Herbalife, kemuncak matlamat kami bukan mau menjual produk semata-mata, tetapi mau anda menggunakannya saperti mana kami menggunakan dan mendapat manfaat darinya. Kami juga mengadakan tempat berkumpul untuk mengujudkan komuniti supaya kita boleh saling tolong menolong antara satu dengan yang lain. Produk kami adalah dari mendapatkan sarapan sihat setiap hari, hinggalah penjagaan kesihatan jantung, termasuk Omega 3 Fish oil dan NW Formula. Semua ini boleh didapati dengan harga berpatutan.
Marilah sama menyumbang kepada meningkatkan satistik kesihatan Malaysia supaya bertambah baik dengan diri kita memulakannya dahulu.

Thursday, March 12, 2015

Inspirasi Yang Saya Dapat Dari Herbalife Summit 2015

Herbalife Summit 2015 di Los Angeles baru-baru ini adalah satu pengalaman yang sangat berbeza berbanding dengan Summit/Honors yang pernah saya ikuti 3 tahun lepas. Bagi yang masih tak tahu apa dia Summit atau Honors, ia adalah perjumpaan kepimpinan Herbalife seluruh dunia yang diadakan setahun sekali. Kualifikasi terbuka kepada semua President Team dan Millionaire Team. Honors memerlukan kepada pencapaian lebih tinggi iaitu mencapai 7500RO bagi semua Millionaire Team. Tak pe, kalau tak faham, ignore je. Ringkasnya, ia adalah perjumpaan pemimpin Herbalife seluruh dunia dalam satu bumbung, berkongsi pelbagai perkara dari DMO hingga ke leadership, cerita yang membawa inspirasi, visi dan banyak lagi.
Herbalife Summit 2015 atNokia Theater, LA Live

Honors pertama saya adalah di LA pada 2012, dan ikuti dengan Summit di Paris, dan Honors di Hawaii dan tahun ini Summit semula di LA. Tahun depan kita akan adakan Honors di Cancun, Mexico. Tak pernah terfikir nak ke Mexico, tapi dengan mengikuti perniagaan Herbalife, satu lagi negara yang akan kami lawati InsyaAllah, menambah kepada senarai negara-negara yang pernah kami pergi, Alhamdulillah.
Summit 2015 di LA kali ini banyak menggambarkan kepada menangani cabaran dan leadership. Walaupun banyak lagi perkara lain yang kami didedahkan, tapi untuk entry kali ini, saya lebih nak kongsi tajuk kecil ini. Ia memberi banyak impact kepada keadaan yang saya sedang lalui khususnya di Malaysia.
Herbalife kini sudah dalam perniagaan selama 35 tahun. Dalam tempoh ini, pelbagai perkara sudah dilalui oleh Herbalife sendiri, baik dari segi korporatnya maupun dari sudut ahlinya. Kedua-dua telah melalui fasa-fasa cabaran dari masa ke semasa. Berbanding dengan Malaysia yang mula beroperasi pada 2006, hanya 9 tahun pengalaman. Tentu sekali, Malaysia masih banyak perlu belajar dan tidak salah bagi saya nak kata, perlu banyak melalui krisis samada dalam perniagaan atau kepimpinan sebagaimana yang pernah dilalui oleh ahli-ahli Herbalife lain dari pelbagai negara.

Chairmans Club Member 40K Stephan Griatzani berkata
"Don't judge your future by your first 5, 10, 15 years in doing Herbalife"
Kalau kita masih diambang 9 tahun Herbalife Malaysia, dan pelbagai cabaran sudah mula kita lalui, Stephan berkata terlalu awal untuk kita menilaikan masa depan kita berdasarkan apa yang kita lalui sekarang.
Stephan juga berkata kita memerlukan krisis untuk maju kehadapan. Tanpa krisis, kita tidak mempunyai sebab untuk bekerja keras.
Saya termenung memikirkan, ramai orang QUIT sebab adanya krisis, padahal ada segelintir sahaja mereka yang menjadikan krisis penyebab untuk mereka berjaya.
Dalam cerita Al Quran, cerita-cerita nabi terdahulu, mereka juga tidak asing dari menghadapi pelbagai krisis dalam kerja-kerja da'wah mereka. Nabi Muhammad saw sendiri mengambil masa 13 tahun berdepan dengan begitu banyak krisis ketika berada di Makkah sebelum berhijrah ke Medina. Selepas sampai di Medina, Nabi saw juga terus berhadapan dengan pelbagai krisis sehingga penaklukan Makkah semula. Apabila Nabi saw wafat, krisis yang belipat ganda turun kepada kepimpinan Abu Bakar ra. Beliau terpaksa mengahadapi kaum-kaum yang mangaku Nabi dan terpaksa memerangi mereka. Tentera Rom juga bersedia menyerang mereka di Medina. Krisis yang dilalui oleh mereka tidak pernah berhenti. Tapi apakah krisis ini melemahkan mereka? Malah Islam terus berkembang keseluruh dunia sambil menghadapi krisis yang datang tanpa diundang.

Berbalik kepada Stephan tadi, pengalaman peribadi beliau telah memberi banyak inspirasi kepada saya. Beliau mengambil masa 3 tahun untuk mencapai Millionaire Team, tetapi sepanjang 18 bulan selepas itu, beliau tidak layak menerima 4% bonus. Pada tahun ke-6, beliau menjadi President Team. Lagi sekali beliau tidak layak menerima 6% bonus selama 3 tahun selepas menjadi President Team. Dan hanya 6 tahun selepas itu, beliau barulah mendapat Mark Hughes Bonus beliau yang pertama, iaitu selepas 12 tahun bersama Herbalife. Mungkin bagi ahli baru yang membaca pengalaman Stephan tadi, tidak memahami apa yang saya cerita disini. Tak pe. Fahami je satu perkara, Stephan sendiri melalui banyak 'ups and down' dalam perniagaan. 
Apabila saya mendengar cerita beliau atas pentas, tiba-tiba saya merasa sangat emotional ketika itu. Saya terbayang diri saya sendiri. Kalau dia dah melalui semua itu, dan kini dia seorang 40K Chairman's Club Member, ia memberi harapan yang sangat cerah kepada saya, malah juga kepada ramai ahli Herbalife lain di Malaysia yang kini dalam keadaan tiada rasa putus asa bekerja keras meneruskan misi membantu orang bersama Herbalife. Saya menangis dalam dewan Nokia Theater terebut. Satu dewan yang sangat terkenal di dunia hiburan. Tercetus satu harapan baru, satu visi yang lebih jelas bahawa satu hari, ahli-ahli Herbalife di Malaysia, InsyaAllah pasti akan berada di pentas terkenal ini dan akan menceritakan dengan penuh inspsirasi kepada kepimpinan dunia Herbalife dari negara negara lain. 

Herbalife sendiri telah melalui krisisnya dari tahun 1999 hingga 2003 dimana tidak ada pertumbuhan yang berlaku selama 5 tahun. Stephan berkata, Herbalife seluruhnya dalam masa krisis tersebut berubah kepada mencari penyelesaian. Pelbagai kaedah baru terhasil. Antaranya Wellness Evaluation, Nutrition Club, Healthy Breakfast dan seterusnya sehinggalah sekarang WLC dan Fitness Challenge. Semua DMO ini bukan terhasil tanpa krisis. Dengan adanya krisis inilah penemuan DMO baru terhasil.


Chairmans' Club Member Blake Morgan juga menceritakan cerita beliau. Ketika berada dalam krisis, beliau sangat dibantu oleh rakan-rakan lain. Mark Hughes sendiri pernah menelefon beliau dan bercakap dengan beliau dari 11 pagi hinggalah ke 4 petang, hanya untuk mengembalikan semangat beliau. Blake berkata 

"Anything can be fixed if we work together" 

Founder Circle Kim dari Korea juga tidak lari dari krisis. Apabila Herbalife di Korea buka, mereka yang ketika itu sedang membuat perniagaan Herbalife bersama komuniti Korea di LA merasa lebih mudah bila buat di negara sendiri. Tetapi apa yang mereka tidak jangka adalah
1. Kerajaan Korea tidak benarkan IBP dijual. Ini menjadikan sukar membezakan antara pelangaan dan ahli. Tidak mungkin ahli boleh menjual kepada pelanggan runcit bila untuk menjadi ahli adalah percuma,
2. Diskaun tertinggi dibenarkan dalam pelan pemasaran di Korea adalah 35%. Ini bermakna mereka tiada SC, tetapi terus ke Supervisor.
Apa yang berlaku, disebabkan cabaran tadi, 80% dari ahli mereka berhenti dari membuat Herbalife. Walaupun berdepan dengan banyak masalah yang diluar jangka, mereka tetap percaya bahawa mereka dapat lakukannya. Bekerja dengan hanya 20% ahli yang tinggal tadi, kini setelah 18 tahun berlalu, krisis demi krisis, mereka berjaya membawa Korea menjadi negara no 1 di Asia. Ramai ahli dari Korea kini mencapai status Chairmans Club Member dan President Team. Kim sendiri telah berjaya mencapai status Founder Circle.
Kim menerangkan perbezaan krisis dalam 2 perkara kategori. Beliau berkata ramai yang tidak dapat membezakan antara dua ini. Mereka adalah
1) Problem2) Predicament
Problem adalah sesuatu masalah yang kita sendiri dapat mencari jalan penyelesaiannya, sementara Predicament pulak adalah sesuatu masalah yang tidak mampu diselesaikan dalam masa terdekat dan bukan bidang kuasa individu untuk menyelesaikannya. Contoh krisis politik atau ekonomi negara, hujan lebat, gempa bumi, inflasi, cuaca, dan banyak lagi.
Kita harus pandai membezakan antara dua ini. Mana yang boleh kita selesaikan, kita selesaikan. Mana yang diluar kuasa kita, harus bersabar dan mencari jalan agar masalah ini tidak membawa kesan kepada diri kita. Kalau kita anggap semua masalah sebagai predicament, kita mungkin cepat give up dan quit. Biar pun masalah itu berbentuk Predicament, kita harus punya sikap yang positive. InsyaAllah Allah sentiasa akan membuka jalan lain bagi kita untuk menyelesaikannya.
Mendengar cerita Founder Circle Kim, saya merasa masalah dan cabaran yang kita lalui di Malaysia sangatlah kecil. Malaysia adalah negara penuh rahmat. Kita tidak ada peperangan saperti Korea. Tidak ada bencana alam yang datang setiap tahun. Masyarakat makmur. Ekonomi mantap. Politik stabil. Peluang untuk kita hasilkan Chairman's Club dan President Team 20K, 30K, 40K dimasa akan datang adalah sangat cerah. 
Chairmans Club Member Dan Waldron pernah satu ketika mencapai Millionaire Team dan business beliau jatuh sehingga mencapai hanya 300RO untuk beberapa ketika. Apakah beliau give up? Tidak. Beliau menceritakan bahawa beliau terpaksa membuat rekualifikasi GET dan rekualifikasi Millionaire Team sekali lagi dalam tempoh tertentu. Sekarang Dan Waldron adalah seorang Chairmans Club Member yang mempunyai karisma yang luar biasa. Kalau beliau tidak melalui krisis ini, apakah Dan Waldron akan berjaya saperti apa yang berlaku pada dirinya sekarang? Ketika ini, saya juga diliputi dengan emosi yang mendalam. Saya teringat kepada leaders-leaders kita di Malaysia yang kini mungkin mengalami cabaran tetapi masih memberi harapan kepada masa depan mereka dalam Herbalife. Saya ingin berkongsi sini, semua orang yang berjaya sekarang, President Team 30K 40K 50K Chairmans Club, Founder Circle pernah lalui apa yang sedang kita lalui sekarang. Atas kesabaran mereka, kegigihan, usaha, keyakinan yang positive, mereka mampu meningkatkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi dari apa yang pernah mereka jangkakan. Dan saperti apa Blake Morgan kata, "I am now more excited to see the coming 35 years of Herbalife". We can do it. We just need more time and patience.

Founder Circle Geri berkata, membuat Herbalife sekarang lebih mudah dari mula dulu. Geri adalah distributor pertama Herbalife. Dia melihat bagaimana Herbalife bermula. Beliau menegaskan dengan platform social media dan internet dan banyak lagi kemudahan dunia modern masa kini, Herbalife boleh dibawa ke tahap yang lebih tinggi dan luar biasa.
Founder Circle Leon Waisbein menekan kita tidak lagi melihat peluang untuk membuka negara-negara baru. Ini adalah kerana dalam lebih 90 negara yang sudah dibuka, ia sudah mewaikili 5.3 Billion penduduk dunia. Cukup banyak ruang untuk kita semua berjaya. Dalam lebih dari 90 negara ini, kita ada 100,000 bandar yang boleh kita usahakan. ini memberi peluang yang tiada hadnya. Leon berkata dengan ungkapan "Work Locally, Think Globally". Beliau menegaskan untuk kita terus bekerja bersama komuniti masing-masing dengan membayangkan bahawa perniagaan anda akan berkembang secara global.
Akhir sekali, Chairman's Club Member Raquel Cortez, seorang bekas suri rumah, pernah menjadi distributor no 1 dunia selama beberapa kali, menekankan kepada Leading By Example. Raquel tekankan untuk terus membuat The Basic, USE WEAR TALK. Apa juga DMO yang kita pelajari, harus tetap dengan Basic tadi. Beliau pernah tersekat ditahap GET selama 6 tahun. Beliau sendiri pernah melalui cabaran dalam peringkat permulaan perniagaan beliau. Raquel mengaku dia bukanlah hebat merekrut dan mendapatkan pelanggan, tetapi beliau tidak pernah berhenti. Motivasi beliau adalah merasa bertanggung jawab menjadi contoh kepada orang orang lain. Jika dia berhenti dari bercakap dengan orang baru, dia tidak boleh memberi contoh kepada orang baru lain dalam Herbalife. Dia mengaku dia bagaikan kura-kura dalam Herbalife. Kini Raquel mempunyai dua anak yang setiap seorang adalah 20K dan 30K President Team Member.

Summit kali ini banyak memberi inspirasi kepada saya untuk terus yakin kepada masa depan saya dengan Herbalife. Bukan sahaja itu, saya yakin mereka-mereka lain yang masih bersama Herbalife sekarang di Malaysia, InsyaAllah akan mengecapi kejayaan demi kejayaan. Krisis adalah suatu yang tidak boleh kita elakkan. Ia bagaikan pemangkin untuk kita terus meningkat ke tahap yang lebih tinggi.
Yakin lah wahai kawan-kawan. InsyaAllah ada diantara kita satu hari nanti akan naik ke pentas antarabangsa berdepan dengan pemimpin-pemimpin Herbalife dunia dan berkongsi kejayaan kita dalam membawa Malaysia ke tahap yang di kagumi dan disegani. InsyaAllah apa pun tujuan kita semua, sebaik-baiknya bertujuan menjadi hamba Allah yang boleh membawa manfaat kepada manusia lain dan mendapat keredhaanNya. Ameen.

Monday, January 26, 2015

Boleh Ke Turun Berat Badan Dengan Hanya Mengurangkan Kalori?

Boleh ke kita turun berat badan dengan hanya mengurangkan kalori yang dimakan? Jawapannya: pasti boleh! Contoh, kalau badan kita perlu 2000 kcal setiap hari dan kita makan hanya 1600 kcal, InsyaAllah pasti turun. Tapi apakah itu saja cabaran yang perlu diambil kira? Cukup ke sekadar mengurangkan pengambilan kalori?

Bagi saya jawapannya TIDAK! Badan kita bukan se-simple itu. 

Kita WAJIB pastikan badan kita juga tidak kurang dari pengambilan nutrisi yang mencukupi. Saya tau ini agak 'complicated' sedikit tetapi memang itu sudah kenyataan.


CONTOH


Seorang yang berumur 51 tahun mempunyai berat badan 76kg, memerlukan 2580 kcal sehari. Tetapi dia juga memerlukan antaranya 61g protein, 1200mg Calcium, 11mg Zinc, Vit A, C, D,E,K dan banyak lagi nutrient yang lain.

Kalau kita buta-buta hanya potong kalori dari pemakanan kita seharian dan tidak melihat kepada amaun nutrisi yang sepatutnya kita ambil, badan kita mungkin mengalami nutrisi yang berkurangan. Makna mungkin disebabkan kita kurangkan makanan tadi, kita juga kurangkan nutrisi.

Yes! Kita mungkin turun berat badan, tapi kita juga mungkin lesu, penat, nampak tua dan mengalami pelbagai masalah kesihatan yang lain disebabkan nutrisi yang berkurangan.

Bila kita bersenam, badan LEBIH BANYAK memerlukan nutrisi untuk repair, menambah otot, menggantikan sel-sel yang mati dan banyak lagi.

Lebih meningkat umur kita, lebih banyak juga perlu nutrisi untuk menggantikan sel-sel kita yang dah tua. 

Mengabaikan pengambilan nutrisi yang mencukupi akan membawa parah dalam badan dalam jangka masa yang panjang. Kita mungkin nampak kurus, elok, tetapi tidak mempunyai menampilan cergas dan menarik.

Kulit Cantik
Kulit kita adalah antara organ terbesar dalam badan. Kulit juga terdedah dengan pelbagai yang merosakkan sel-sel dipermukaan contoh lebihan pancaran matahari, pencemaran udara dan lain-lain. Maka kulit kita sangat memerlukan kepada nutrisi yang mencukupi. Biar banyak mana kita belanja untuk treatment kulit secara luaran, tetapi kalau nutrisi tidak mencukupi, kulit kita antara yang akan mendapat kesan buruk tadi.

Orang-orang muda memang tak pernah risau semua ini sebab sel-sel mereka masih muda. Tetapi jika tidak diberikan nutrisi yang mencukupi kepada badan SETIAP HARI, mereka mungkin mengalami penuaan yang lebih cepat dari yang sepatutnya.

Bagaimana pastikan mendapat nutrisi harian?

Ini persoalannya. YA! Saya setuju. Pilihlah makanan sihat. Indah kabar dari rupa. Wallahualam, mungkin saya antara orang yang gagal dalam mendatangkan makanan sihat dalam kehidupan harian saya. Kenapa saya berkata sedemikian?

Apakah pilihan sarapan pagi saya? Makanan tengah hari?  Makan malam saya? Saya dikelilingi dengan makanan tinggi kalori, lemak dan gula..... KENYATAAN!!
Bagaimana cara menyediakannya? Kalau sayur dimasak, berapa banyak nutrisi yang tinggal selepas dimasak? Masak sayur dangan apa? Minyak? kalori??
Kalau masak ayam, masak apa yang sihat? Minyak? dah tambah kalori.... kata nak kurang kalori... makan ayam rebus? Masak simple-simple je lah.... maggie mee....
SAYA TAK ADA MASA MASAK!! Saya beli.... kerja dari pagi sampai petang... mana ada masa  nak masak!! Beli kat kedai. Banyak minyak.... minyak apa? Minyak dua atau tiga kali guna... HARI-HARI!!! Hari-hari kena fikir nak makan sihat... Penatlah... boleh tak kalau tak payah fikir ni semua.... boss lagi... suami lagi... anak lagi... hutang lagi.... banyak lah kena fikir...
Akhirnya badan sendiri jadi mangsa..... 
Bayangkan SETIAP HARI kita harus memikirkan untuk memilih makanan yang sihat dengan kalori yang rendah walhal kita DISEKELILINGI dengan makanan tinggi kalori, tinggi lemak, tinggi gula dan kurang khasiatnya...
Ini saperti berperang dari mula kita hidup sampai kita lah ke mati..... 
Kalau setakat setahun dua, boleh lah kita focus..... ini 30-40 tahun..... hari-hari.....

Itulah sebab saya memilih Herbalife.

Isteri saya dah banyak baca mengenai nutrisi dan kesihatan sebelum diketemukan dengan Herbalife. Tapi semuanya setakat ilmu yang susah dipraktikan. Tahu teori.... tapi tak dapat nak amalkan. 
Bila kami dikenalkan dengan Herbalife, BUKAN sebagai ubat kurus, tetapi sebagai NUTRISI SEL (Makanan yang sel kita perlukan), kami terasa nikmat yang tak terhingga. Sebab kami tahu dengan hanya mengambil Herbalife Shake (Formula 1 + Formula 3) setiap pagi, kami mendapat protein dan khasiat lain yang mencukupi dengan hanya 180 kalori sahaja, berbanding dengan khasiat yang sama dari makanan biasa, mungkin kami terpaksa mengambil 400-500 kalori.
Selepas dari diperkenalkan dengan Herbalife, hidup kami bertambah mudah. Setiap pagi, ambil Herbalife shake, sangat cepat disediakan, dan mendapat khasiat dengan kalori yang rendah.

Saya lebih suka mengalah dalam hal ini dari mengikuti apa yang setengah orang secara keras berkata.... Lebih baik memilih makanan 'FRESH' khasiat. Saya rasa "fighting an up hill battle" jika saya berusaha berterusan untuk sediakan makanan khasiat saya sendiri SETIAP HARI.

Makanan khasiat bukan nak ikut mood atau kalau ada masa lapang je. Badan perlu makanan khasiat SETIAP HARI. Hari ini kita makan, esok kita wajib makan lagi. Badan TIDAK BOLEH menyimpan nutrisi..... ANDA harus mengambilnya SETIAP HARI. 

Malaysia antara kadar obesiti tertinggi di dunia.
Kalau lah mudah untuk dilaksanakan mendapat makanan khasiat secara harian, kenapa Malaysia antara negara yang mempunyai kadar obesiti tertinggi di dunia? Kenapa rakyat Malaysia mengalami kadar kencing manis antara tertinggi didunia? 

Terpulang kepada anda. Saya mengaku saya mengalah dalam hal ini, Lebih baik saya tumpukan tenaga dan focus saya kepada benda lain dan menjadikan Herbalife Shake antara penyumbang kepada makanan khasiat saya setiap hari.

Alhamdulillah saya dan keluarga saya telah mengamalkan pengambilan Herbalife shake lebih dari 8 tahun. Ia banyak membantu.

Kalau anda masih tidak punya solution untuk mendapatkan makanan khasiat SETIAP HARI, buatlah keputusan sekarang untuk mengetahui lebih lanjut tentang Herbalife shake. Call mana-mana Herbalife member untuk mendapatkan penerangan lanjut.

Semuga semua kita berjaya mencapai kesihatan yang diinginkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...