Thursday, March 12, 2015

Inspirasi Yang Saya Dapat Dari Herbalife Summit 2015

Herbalife Summit 2015 di Los Angeles baru-baru ini adalah satu pengalaman yang sangat berbeza berbanding dengan Summit/Honors yang pernah saya ikuti 3 tahun lepas. Bagi yang masih tak tahu apa dia Summit atau Honors, ia adalah perjumpaan kepimpinan Herbalife seluruh dunia yang diadakan setahun sekali. Kualifikasi terbuka kepada semua President Team dan Millionaire Team. Honors memerlukan kepada pencapaian lebih tinggi iaitu mencapai 7500RO bagi semua Millionaire Team. Tak pe, kalau tak faham, ignore je. Ringkasnya, ia adalah perjumpaan pemimpin Herbalife seluruh dunia dalam satu bumbung, berkongsi pelbagai perkara dari DMO hingga ke leadership, cerita yang membawa inspirasi, visi dan banyak lagi.
Herbalife Summit 2015 atNokia Theater, LA Live

Honors pertama saya adalah di LA pada 2012, dan ikuti dengan Summit di Paris, dan Honors di Hawaii dan tahun ini Summit semula di LA. Tahun depan kita akan adakan Honors di Cancun, Mexico. Tak pernah terfikir nak ke Mexico, tapi dengan mengikuti perniagaan Herbalife, satu lagi negara yang akan kami lawati InsyaAllah, menambah kepada senarai negara-negara yang pernah kami pergi, Alhamdulillah.
Summit 2015 di LA kali ini banyak menggambarkan kepada menangani cabaran dan leadership. Walaupun banyak lagi perkara lain yang kami didedahkan, tapi untuk entry kali ini, saya lebih nak kongsi tajuk kecil ini. Ia memberi banyak impact kepada keadaan yang saya sedang lalui khususnya di Malaysia.
Herbalife kini sudah dalam perniagaan selama 35 tahun. Dalam tempoh ini, pelbagai perkara sudah dilalui oleh Herbalife sendiri, baik dari segi korporatnya maupun dari sudut ahlinya. Kedua-dua telah melalui fasa-fasa cabaran dari masa ke semasa. Berbanding dengan Malaysia yang mula beroperasi pada 2006, hanya 9 tahun pengalaman. Tentu sekali, Malaysia masih banyak perlu belajar dan tidak salah bagi saya nak kata, perlu banyak melalui krisis samada dalam perniagaan atau kepimpinan sebagaimana yang pernah dilalui oleh ahli-ahli Herbalife lain dari pelbagai negara.

Chairmans Club Member 40K Stephan Griatzani berkata
"Don't judge your future by your first 5, 10, 15 years in doing Herbalife"
Kalau kita masih diambang 9 tahun Herbalife Malaysia, dan pelbagai cabaran sudah mula kita lalui, Stephan berkata terlalu awal untuk kita menilaikan masa depan kita berdasarkan apa yang kita lalui sekarang.
Stephan juga berkata kita memerlukan krisis untuk maju kehadapan. Tanpa krisis, kita tidak mempunyai sebab untuk bekerja keras.
Saya termenung memikirkan, ramai orang QUIT sebab adanya krisis, padahal ada segelintir sahaja mereka yang menjadikan krisis penyebab untuk mereka berjaya.
Dalam cerita Al Quran, cerita-cerita nabi terdahulu, mereka juga tidak asing dari menghadapi pelbagai krisis dalam kerja-kerja da'wah mereka. Nabi Muhammad saw sendiri mengambil masa 13 tahun berdepan dengan begitu banyak krisis ketika berada di Makkah sebelum berhijrah ke Medina. Selepas sampai di Medina, Nabi saw juga terus berhadapan dengan pelbagai krisis sehingga penaklukan Makkah semula. Apabila Nabi saw wafat, krisis yang belipat ganda turun kepada kepimpinan Abu Bakar ra. Beliau terpaksa mengahadapi kaum-kaum yang mangaku Nabi dan terpaksa memerangi mereka. Tentera Rom juga bersedia menyerang mereka di Medina. Krisis yang dilalui oleh mereka tidak pernah berhenti. Tapi apakah krisis ini melemahkan mereka? Malah Islam terus berkembang keseluruh dunia sambil menghadapi krisis yang datang tanpa diundang.

Berbalik kepada Stephan tadi, pengalaman peribadi beliau telah memberi banyak inspirasi kepada saya. Beliau mengambil masa 3 tahun untuk mencapai Millionaire Team, tetapi sepanjang 18 bulan selepas itu, beliau tidak layak menerima 4% bonus. Pada tahun ke-6, beliau menjadi President Team. Lagi sekali beliau tidak layak menerima 6% bonus selama 3 tahun selepas menjadi President Team. Dan hanya 6 tahun selepas itu, beliau barulah mendapat Mark Hughes Bonus beliau yang pertama, iaitu selepas 12 tahun bersama Herbalife. Mungkin bagi ahli baru yang membaca pengalaman Stephan tadi, tidak memahami apa yang saya cerita disini. Tak pe. Fahami je satu perkara, Stephan sendiri melalui banyak 'ups and down' dalam perniagaan. 
Apabila saya mendengar cerita beliau atas pentas, tiba-tiba saya merasa sangat emotional ketika itu. Saya terbayang diri saya sendiri. Kalau dia dah melalui semua itu, dan kini dia seorang 40K Chairman's Club Member, ia memberi harapan yang sangat cerah kepada saya, malah juga kepada ramai ahli Herbalife lain di Malaysia yang kini dalam keadaan tiada rasa putus asa bekerja keras meneruskan misi membantu orang bersama Herbalife. Saya menangis dalam dewan Nokia Theater terebut. Satu dewan yang sangat terkenal di dunia hiburan. Tercetus satu harapan baru, satu visi yang lebih jelas bahawa satu hari, ahli-ahli Herbalife di Malaysia, InsyaAllah pasti akan berada di pentas terkenal ini dan akan menceritakan dengan penuh inspsirasi kepada kepimpinan dunia Herbalife dari negara negara lain. 

Herbalife sendiri telah melalui krisisnya dari tahun 1999 hingga 2003 dimana tidak ada pertumbuhan yang berlaku selama 5 tahun. Stephan berkata, Herbalife seluruhnya dalam masa krisis tersebut berubah kepada mencari penyelesaian. Pelbagai kaedah baru terhasil. Antaranya Wellness Evaluation, Nutrition Club, Healthy Breakfast dan seterusnya sehinggalah sekarang WLC dan Fitness Challenge. Semua DMO ini bukan terhasil tanpa krisis. Dengan adanya krisis inilah penemuan DMO baru terhasil.


Chairmans' Club Member Blake Morgan juga menceritakan cerita beliau. Ketika berada dalam krisis, beliau sangat dibantu oleh rakan-rakan lain. Mark Hughes sendiri pernah menelefon beliau dan bercakap dengan beliau dari 11 pagi hinggalah ke 4 petang, hanya untuk mengembalikan semangat beliau. Blake berkata 

"Anything can be fixed if we work together" 

Founder Circle Kim dari Korea juga tidak lari dari krisis. Apabila Herbalife di Korea buka, mereka yang ketika itu sedang membuat perniagaan Herbalife bersama komuniti Korea di LA merasa lebih mudah bila buat di negara sendiri. Tetapi apa yang mereka tidak jangka adalah
1. Kerajaan Korea tidak benarkan IBP dijual. Ini menjadikan sukar membezakan antara pelangaan dan ahli. Tidak mungkin ahli boleh menjual kepada pelanggan runcit bila untuk menjadi ahli adalah percuma,
2. Diskaun tertinggi dibenarkan dalam pelan pemasaran di Korea adalah 35%. Ini bermakna mereka tiada SC, tetapi terus ke Supervisor.
Apa yang berlaku, disebabkan cabaran tadi, 80% dari ahli mereka berhenti dari membuat Herbalife. Walaupun berdepan dengan banyak masalah yang diluar jangka, mereka tetap percaya bahawa mereka dapat lakukannya. Bekerja dengan hanya 20% ahli yang tinggal tadi, kini setelah 18 tahun berlalu, krisis demi krisis, mereka berjaya membawa Korea menjadi negara no 1 di Asia. Ramai ahli dari Korea kini mencapai status Chairmans Club Member dan President Team. Kim sendiri telah berjaya mencapai status Founder Circle.
Kim menerangkan perbezaan krisis dalam 2 perkara kategori. Beliau berkata ramai yang tidak dapat membezakan antara dua ini. Mereka adalah
1) Problem2) Predicament
Problem adalah sesuatu masalah yang kita sendiri dapat mencari jalan penyelesaiannya, sementara Predicament pulak adalah sesuatu masalah yang tidak mampu diselesaikan dalam masa terdekat dan bukan bidang kuasa individu untuk menyelesaikannya. Contoh krisis politik atau ekonomi negara, hujan lebat, gempa bumi, inflasi, cuaca, dan banyak lagi.
Kita harus pandai membezakan antara dua ini. Mana yang boleh kita selesaikan, kita selesaikan. Mana yang diluar kuasa kita, harus bersabar dan mencari jalan agar masalah ini tidak membawa kesan kepada diri kita. Kalau kita anggap semua masalah sebagai predicament, kita mungkin cepat give up dan quit. Biar pun masalah itu berbentuk Predicament, kita harus punya sikap yang positive. InsyaAllah Allah sentiasa akan membuka jalan lain bagi kita untuk menyelesaikannya.
Mendengar cerita Founder Circle Kim, saya merasa masalah dan cabaran yang kita lalui di Malaysia sangatlah kecil. Malaysia adalah negara penuh rahmat. Kita tidak ada peperangan saperti Korea. Tidak ada bencana alam yang datang setiap tahun. Masyarakat makmur. Ekonomi mantap. Politik stabil. Peluang untuk kita hasilkan Chairman's Club dan President Team 20K, 30K, 40K dimasa akan datang adalah sangat cerah. 
Chairmans Club Member Dan Waldron pernah satu ketika mencapai Millionaire Team dan business beliau jatuh sehingga mencapai hanya 300RO untuk beberapa ketika. Apakah beliau give up? Tidak. Beliau menceritakan bahawa beliau terpaksa membuat rekualifikasi GET dan rekualifikasi Millionaire Team sekali lagi dalam tempoh tertentu. Sekarang Dan Waldron adalah seorang Chairmans Club Member yang mempunyai karisma yang luar biasa. Kalau beliau tidak melalui krisis ini, apakah Dan Waldron akan berjaya saperti apa yang berlaku pada dirinya sekarang? Ketika ini, saya juga diliputi dengan emosi yang mendalam. Saya teringat kepada leaders-leaders kita di Malaysia yang kini mungkin mengalami cabaran tetapi masih memberi harapan kepada masa depan mereka dalam Herbalife. Saya ingin berkongsi sini, semua orang yang berjaya sekarang, President Team 30K 40K 50K Chairmans Club, Founder Circle pernah lalui apa yang sedang kita lalui sekarang. Atas kesabaran mereka, kegigihan, usaha, keyakinan yang positive, mereka mampu meningkatkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi dari apa yang pernah mereka jangkakan. Dan saperti apa Blake Morgan kata, "I am now more excited to see the coming 35 years of Herbalife". We can do it. We just need more time and patience.

Founder Circle Geri berkata, membuat Herbalife sekarang lebih mudah dari mula dulu. Geri adalah distributor pertama Herbalife. Dia melihat bagaimana Herbalife bermula. Beliau menegaskan dengan platform social media dan internet dan banyak lagi kemudahan dunia modern masa kini, Herbalife boleh dibawa ke tahap yang lebih tinggi dan luar biasa.
Founder Circle Leon Waisbein menekan kita tidak lagi melihat peluang untuk membuka negara-negara baru. Ini adalah kerana dalam lebih 90 negara yang sudah dibuka, ia sudah mewaikili 5.3 Billion penduduk dunia. Cukup banyak ruang untuk kita semua berjaya. Dalam lebih dari 90 negara ini, kita ada 100,000 bandar yang boleh kita usahakan. ini memberi peluang yang tiada hadnya. Leon berkata dengan ungkapan "Work Locally, Think Globally". Beliau menegaskan untuk kita terus bekerja bersama komuniti masing-masing dengan membayangkan bahawa perniagaan anda akan berkembang secara global.
Akhir sekali, Chairman's Club Member Raquel Cortez, seorang bekas suri rumah, pernah menjadi distributor no 1 dunia selama beberapa kali, menekankan kepada Leading By Example. Raquel tekankan untuk terus membuat The Basic, USE WEAR TALK. Apa juga DMO yang kita pelajari, harus tetap dengan Basic tadi. Beliau pernah tersekat ditahap GET selama 6 tahun. Beliau sendiri pernah melalui cabaran dalam peringkat permulaan perniagaan beliau. Raquel mengaku dia bukanlah hebat merekrut dan mendapatkan pelanggan, tetapi beliau tidak pernah berhenti. Motivasi beliau adalah merasa bertanggung jawab menjadi contoh kepada orang orang lain. Jika dia berhenti dari bercakap dengan orang baru, dia tidak boleh memberi contoh kepada orang baru lain dalam Herbalife. Dia mengaku dia bagaikan kura-kura dalam Herbalife. Kini Raquel mempunyai dua anak yang setiap seorang adalah 20K dan 30K President Team Member.

Summit kali ini banyak memberi inspirasi kepada saya untuk terus yakin kepada masa depan saya dengan Herbalife. Bukan sahaja itu, saya yakin mereka-mereka lain yang masih bersama Herbalife sekarang di Malaysia, InsyaAllah akan mengecapi kejayaan demi kejayaan. Krisis adalah suatu yang tidak boleh kita elakkan. Ia bagaikan pemangkin untuk kita terus meningkat ke tahap yang lebih tinggi.
Yakin lah wahai kawan-kawan. InsyaAllah ada diantara kita satu hari nanti akan naik ke pentas antarabangsa berdepan dengan pemimpin-pemimpin Herbalife dunia dan berkongsi kejayaan kita dalam membawa Malaysia ke tahap yang di kagumi dan disegani. InsyaAllah apa pun tujuan kita semua, sebaik-baiknya bertujuan menjadi hamba Allah yang boleh membawa manfaat kepada manusia lain dan mendapat keredhaanNya. Ameen.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...