Wednesday, April 29, 2015

Saya tidak turun berat badan dengan Herbalife.

Melalui pengalaman saya yang sudah hampir 10 tahun dalam perniagaan Herbalife, tidak dinafikan ramai juga yang tidak dapat menurunkan berat badannya walaupun sudah mengambil program Herbalife. Saya sendiri pernah coach customer yang tidak turun-turun berat badannya. Pening juga kepala dibuatnya. Walaupun berdepan dengan cabaran tersebut, saya tetap yakin Herbalife boleh membantu menurunkan berat badan seseorang. Lihatlah berapa ramai testimoni-testimoni yang luar biasa.


Ada yang turun sehingga 66kg. Saya sendiri turun 10kg. Isteri saya turun 13kg. Adik saya, bapa saudara, anak saudara, kawan dan ramai lagi berjaya menurunkan berat badan mereka. Ternyata ianya berhasil.

Saya tahu, ada yang memberi alasan, "badan saya tidak serasi kot..." Bukan kah itu andaian saja. Apa buktinya badan kita tidak serasi? 

Di acara MDW yang berlangsung di PGRM Kuala Lumpur baru-baru ini, saya berkesempatan untuk bersama seorang Dr dari Brazil, Dr Nataniel Viuniski. Profile beliau adalah daperti dibawah:


Dr. Nataniel Viuniski is a pediatrician and nutritional expert whose main areas of interest are weight management and childhood obesity. He is also an advisor to Brazil's Health and Education Ministry for Childhood Obesity, a professor of human nutrition in graduate course work and director of nutrition service for Unimed Hospital in Rio Grande do Sul.

He is the author of "Childhood Obesity - A Practical Guide" as well as other published works. Dr. Viuniski holds a medical degree from the Medical School of Passo Fundo University in Rio Grande do Sul; a postgraduate degree in pediatrics from Children Hospital Conceicao de Porto Alegre; a postgraduate degree in nutrition from Brazilian Association of Nutrition; and a master's degree in weight control and physical activity from Rio Grande do Sul Federal University.

Saya berpeluang berjumpa dia semasa makan tengah hari. Untuk lebih meyakinkan saya, saya bertanya soalan yang biasa tadi, "Adakah kebiasaan, dalam pengalaman Dr selama ini berhadapan dengan orang yang tidak dapat turunkan berat badannya atas sebab badannya memang tak boleh turun?" Dia tersenyum dan mula memberi pandangannya kepada saya. Antara yang saya ingat jawapannya,
  1. Apabila pengambilan kalori kita berlebihan dari apa yang badan kita perlukan, kita akan naik berat badan.
  2. Apabila kita kurangkan pengambilan kalori tadi berbanding dengan apa yang badan kita perlukan, maka kita akan turun berat badan.
  3. Pengaruh keturunan adalah hanya 30% berbanding dengan pengaruh gaya hidup iaitu 70%. Dengan membaiki gaya hidup harian, kita boleh mengawal berat badan.
  4. Peningkatan umur juga mempengaruhi usaha menurunkan berat badan. Maka disarankan untuk meningkatkan pembakaran lemak, perlu ditambah dengan aktiviti fisikal atau bersenam.
Nah!! Itulah jawapan dia pada saya. Macam dalam buku. Apa makna ni semua. Bagi saya, tiada rahsia mengenai cara nak turunkan berat badan. "Pi mai pi mai tang tu" . Dari US ke China ke Brazil.... semua sama je. Jaga makan, tingkatkan pengambilan nutrisi, dan exercise!! Sebenarnya Allah jadikan ini semua mudah, tapi manusia memang nak cari jalan lain juga., kot kot mana tahu ada...
Berpeluang belajar dari pengalaman seorang pakar dari Brazil
Satu penerangan mengenai nutrisi
Ikut pengalaman saya, kebanyakkan orang yang gagal menurunkan berat badan walaupun dengan pengambilan program Herbalife, adalah disebabkan mereka tidak dapat mengawal pengambilan makanan TERUTAMANYA yang dikatakan cebis-cebis atau sedikit-sedikit itu. Selalu Nasi yang jadi mangsa! Tak mau sentuh kalau boleh. Tapi yang lain, biskut, mee sop, dan banyak lagi menjadi pengisi ruang.

Saya nak ambil contoh diri saya sendiri. Saya juga suka makan. Saya suka makanan bertepung, biskut, ice cream, coklat dan banyak lagi. Berat badan saya sudah pasti naik sedikit. Dan setiap kali nak start semula program untuk menurunkan semula berat badan, saya sendiri berhenti atas sebab tidak dapat kawal makanan kecil-kecil tadi. Saya tetap mengambil Shake setiap pagi. Disebabkan itu Alhamdulillah, saya tidak naik mendadak dan masih dalam kawalan. Herbalife shake banyak membantu. 
10 hari kami di Cagayan De Oro, kami mudah turun berat badan.

Sambung cerita mengenai diri saya, satu hari ketika kami melawat ke Cagayan De Oro, Philipine tahun lepas selama 10 hari untuk belajar mengendalikan Nutrition Club dengan ahli Herbalife di sana, kami dapati kesemua kami dari Malaysia (Muslim) turun berat badan dengan mudah sekali. Apa yang sebenarnya berlaku? Ceritanya begini....
Cagayan De Oro adalah satu bandar bukan mudah untuk mendapatkan makanan halal. Jadi kami terhalang dari pemakanan snacking (cebis-cebis) atau makanan di kedai. Menu pemakanan saya setiap hari disana adalah:
Begini lah apa yang saya makan setiap hari sehingga 10 hari. Bila balik ke Malaysia, saya perasan pinggang saya mengecil, seluar semua longgar dari yang biasa. HAPPY SANGAT SANGAT!! Ini membuktikan kita sebenarnya (termasuk saya sendiri) sangat banyak alasan tidak dapat turunkan berat badan padahal kegagalan kita adalah angkara kita sendiri.

Saya teringat seorang Dr pernah berkata, iaitu Dr Luigi Gratton, kalau seorang lebihan berat badan diletakkan di sebuah pulau yang jauh di tengah lautan dan tidak terdapat makanan proses, hanya makanan asli yang ada di pulau itu, pasti dia akan turun berat badan. 



Saya bersama Zulazlan
Ada seorang lagi sahabat yang saya ingin kongsi pengalaman. Zul seorang ahli Herbalife dari Taiping. Saya kenal dia agak lama, tapi lama tu juga saya lihat dia tak turun berat badan. Dia hanya menggunakan testimoni lamanya yang masa mula dia menggunakan produk Herbalife. Saya pernah bertanya beliau, kenapa tak turun-turun juga, dan seingat saya, dia tidak pernah memberi jawapan yang telus kepada saya.

Satu hari, saya perasan melihat penurunan berat badannya sangat ketara. Badannya semakin 'slim' dan dia nampak sangat positive. Saya mengambil peluang bertanya dia lagi, apa yang dia lakukan dan kenapa dulu sukar untuk turunkan berat badan. Dia mengaku yang dia tidak serious sebelum ini kerana beberapa cabaran yang dihadapinya. Apabila situasi terkawal, dia mula melakukkannya dengan lebih serious dengan menjaga pemakanan hariannya. Ini lagi satu bukti bahawa dalam satu masa, dia sendiri tidak yakin yang dia boleh menurunkan berat badannya. Keadaan membuktikan sebaliknya.

Herbalife bukan magic. Bukan ubat. Ia adalah pemakanan. Anda sendiri harus membuat keputusan untuk turun berat badan. Mempunyai keinginan dan membeli program atau produk sahaja tidak mencukupi. Semua bergantung kepada kehendak. Bak kata pepatah orang melayu "Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih". 
Biar pun seorang pelajar diberi biasiswa untuk belajar, kalau dirinya tidak mau belajar, tiada seorang pun boleh memaksa. Semua terpulang kepada diri sendiri.
Jangan mudah menerima dengan mengatakan "saya tidak serasi" sehingga kita benar-benar berusaha mengikut segala apa yang coach kita tunjuk ajar. Keseronokan kami sebagai coach adalah melihat pelanggan kami happy dengan hasil produk yang dialaminya. Setakat menjual produk atau program masih tidak membawa kepuasan kepada kerja-kerja kami.
Ramai yang pernah makan produk Herbalife dulu, dan berhenti, tetapi bila tidak ketemu dengan solution terhadap pemakanan sekarang, kembali mencari produk Herbalife. Nasihat saya, rajin-rajinlah mengikuti training terutamanya mengenai produk supaya tidak salah faham atau kurang faham mengenai keberkesanan produk atau program Herbalife itu sendiri. Call saya atau mana-mana coach sekarang dan minta mereka memberi tunjuk ajar. Semuga anda berjaya mencapai apa yang anda inginkan. Wallahualam.

Tuesday, April 21, 2015

Elakkan Penyakit Jantung Dengan Mengubah Gaya Hidup Harian Kita

Saya tak pernah tahu susahnya nak masuk ke IJN (Institut Jantung Negara). Ingatkan main pergi je. Sebenarnya tanpa dirujuk atau menggunakan saluran yang betul, agak sukar juga nak masuk. Tambah orang awam yang bukan kakitangan kerajaan. 
Hospital dah dibesarkan. Tentu bertambah bilangan katil, bilik, bilik-pembedahan, pakar dan kemudahan-kemudahan lain. Apa mungkin kes serangan sakit jantung di Malaysia bertambah, lebih pesat dari penambahan ruang hospital yang boleh menampung pertambahan pesakit tadi. Saya tidak ada statistic semua itu. Hanya pemerhatian saya apabila saya datang berkunjung ke IJN melawat kawan lama saya baru-baru ini.
Lalu terlintas di fikiran saya, Apa kata kalau seorang pesakit itu seorang biasa yang tiada kedudukan dan kewangan yang kukuh. Nak masuk IJN kena tunggu giliran dan bilik pulak sentiasa penuh. Nak ke hospital swasta, duit tak ada. Pergi hospital awam, sure boleh masuk, tapi, sama juga keadaannya,  dewan pembedahan yang terhad. 
Sudah pasti kalau sampai masanya Allah akan mengadakan jalan. Tapi apakah itu jalan yang selesa kita boleh harapkan sekarang. Bukan kah Allah suruh kita ikhtiar.
Satu kes pembedahan jantung di hospital swasta sekarang dianggarkan RM80,000. Tanpa insurans, habis juga simpanan masa tua. Di IJN, saya dengar lebih kurang RM40,000 bagi orang awam. Entah betul ke tak. Kalau bukan dua hospital diatas, nak masuk hospital awam, maka kena tunggulah giliran.
Jika berjaya melepasi pembedahan, pos recovery dan ubat-ubatan untuk jantung juga sangat mahal. Ramai yang merujuk kepada kerajaan supaya boleh mendapatkan ubat secara subsidi.
Kita tahu, pembunuh no 1 Malaysia adalah dari serangan penyakit jantung. Terbayang ke kita betapa kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar untuk menangani ini semua? Walhal penyakit ini boleh dikurangkan jika setiap individu boleh memperbaiki tabiaat pemakanan dan gaya hidup harian. Allah pinjamkan kita jasad dan adalah tanggung jawab kita menjaganya. Di dalam Al Quran, Allah juga pernah menyebut supaya memilih makanan dari yang halal dan thaib (baik). Bukan halal je yang jadi tanggung jawab kita tetapi mendapatkan makanan yang baik dan sesuai untuk badan juga menjadi tanggung jawab yang berat. Allah terus lagi dengan mengingatkan kita, janganlah kita ikut kata-kata syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata...
Penyakit jantung bukan datang tiba-tiba. Ia bukan satu yang umpama bila kita terjatuh, lalu mendapat luka di lutut serta merta. Penyakit jantung terbentuk dari kesilapan gaya hidup yang kita amalkan berulang-ulang kali, hari demi hari selama 10,20 30 tahun. Pilihan gaya hidup kita itu nampak sangat kecil, remeh dan tidak penting untuk dibesar-besarkan. Sekecil tidak bersenam, minum manisan, makan makanan berminyak, tidak mengambil makanan berkhasiat, kurang minum air, merokok.... Ini semua dianggap remeh, kecil dan tidak membawa sebarang akibat dalam jangkamasa yang pendek. Kadang tak nampak apa pun kesan walaupun selepas 30 tahun. 
Jantung kita sangat taat kepada tuannya. Ia tidak pernah gagal untuk bekerja mengalirkan darah ke seluruh tubuh badan kita. Samada kita tidur, atau berlari, jantung kita sentiasa ada bersama menyokong segala aktiviti yang kita perlukan. Malah bila jantung kita mula kurang sihat, ia tidak pernah complain atau bersungut, tiada apa tanda walau sedikit pun. Ketaatannya kepada jasad tadi sungguh mengkagumkan. Demikianlah agungnya penciptaan Allah.
Tapi setiap yang wujud juga ada penghujungnya. Jantung kita juga ada tempoh hadnya. Dalam keadaan memaksa dirinya bekerja untuk jasad tadi, bila mana ia tidak berkemampuan untuk meneruskan, maka perkara yang tidak disangka berlaku.
Marilah bersama kita raikan kempen kesihatan badan. Kita mulakan dengan diri kita sendiri. Usaha untuk mencari suasana untuk kita berinteraksi sesama manusia yang sealiran, yang maukan kepada gaya hidup yang lebih sihat. Luangkan masa untuk berubah. 
Mulakan dengan memilih makanan berkhasiat. Makan yang kurang lemak, kurang gula, garam, kolesterol dan tinggi kandungan khasiatnya. 
Lumrah bukan senang untuk lakukannya seorang. Maka carilah jalan untuk berada dikalangan komuniti yang sering bercakap dan berbincang mengenai kesihatan dan nutrisi (Health & Nutrition). 
Kesihatan bukan amalan sehari atau dua. Ia adalah amalan hari-hari. Saya sudah berumur lebih 50 tahun. Ayah saya sekarang berumur lebih 80 tahun. Kalau saya mengambil umur ayah saya, sebagai rujukan dan jika ditakdirkan umur saya sepanjang itu, saya ada 30 tahun lagi untuk hidup. Apakah saya hendak memilih untuk hidup dalam keadaan sihat atau sebaliknya. Saya akur dan tunduk kepada takdir Ilahi. Memang Allah yang menentukan. Tetapi bukan ke Allah jua yang memberi kita ruang untuk memilih dan berdoa. 
Kami sebagai pengedar Herbalife, kemuncak matlamat kami bukan mau menjual produk semata-mata, tetapi mau anda menggunakannya saperti mana kami menggunakan dan mendapat manfaat darinya. Kami juga mengadakan tempat berkumpul untuk mengujudkan komuniti supaya kita boleh saling tolong menolong antara satu dengan yang lain. Produk kami adalah dari mendapatkan sarapan sihat setiap hari, hinggalah penjagaan kesihatan jantung, termasuk Omega 3 Fish oil dan NW Formula. Semua ini boleh didapati dengan harga berpatutan.
Marilah sama menyumbang kepada meningkatkan satistik kesihatan Malaysia supaya bertambah baik dengan diri kita memulakannya dahulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...