Tuesday, April 21, 2015

Elakkan Penyakit Jantung Dengan Mengubah Gaya Hidup Harian Kita

Saya tak pernah tahu susahnya nak masuk ke IJN (Institut Jantung Negara). Ingatkan main pergi je. Sebenarnya tanpa dirujuk atau menggunakan saluran yang betul, agak sukar juga nak masuk. Tambah orang awam yang bukan kakitangan kerajaan. 
Hospital dah dibesarkan. Tentu bertambah bilangan katil, bilik, bilik-pembedahan, pakar dan kemudahan-kemudahan lain. Apa mungkin kes serangan sakit jantung di Malaysia bertambah, lebih pesat dari penambahan ruang hospital yang boleh menampung pertambahan pesakit tadi. Saya tidak ada statistic semua itu. Hanya pemerhatian saya apabila saya datang berkunjung ke IJN melawat kawan lama saya baru-baru ini.
Lalu terlintas di fikiran saya, Apa kata kalau seorang pesakit itu seorang biasa yang tiada kedudukan dan kewangan yang kukuh. Nak masuk IJN kena tunggu giliran dan bilik pulak sentiasa penuh. Nak ke hospital swasta, duit tak ada. Pergi hospital awam, sure boleh masuk, tapi, sama juga keadaannya,  dewan pembedahan yang terhad. 
Sudah pasti kalau sampai masanya Allah akan mengadakan jalan. Tapi apakah itu jalan yang selesa kita boleh harapkan sekarang. Bukan kah Allah suruh kita ikhtiar.
Satu kes pembedahan jantung di hospital swasta sekarang dianggarkan RM80,000. Tanpa insurans, habis juga simpanan masa tua. Di IJN, saya dengar lebih kurang RM40,000 bagi orang awam. Entah betul ke tak. Kalau bukan dua hospital diatas, nak masuk hospital awam, maka kena tunggulah giliran.
Jika berjaya melepasi pembedahan, pos recovery dan ubat-ubatan untuk jantung juga sangat mahal. Ramai yang merujuk kepada kerajaan supaya boleh mendapatkan ubat secara subsidi.
Kita tahu, pembunuh no 1 Malaysia adalah dari serangan penyakit jantung. Terbayang ke kita betapa kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar untuk menangani ini semua? Walhal penyakit ini boleh dikurangkan jika setiap individu boleh memperbaiki tabiaat pemakanan dan gaya hidup harian. Allah pinjamkan kita jasad dan adalah tanggung jawab kita menjaganya. Di dalam Al Quran, Allah juga pernah menyebut supaya memilih makanan dari yang halal dan thaib (baik). Bukan halal je yang jadi tanggung jawab kita tetapi mendapatkan makanan yang baik dan sesuai untuk badan juga menjadi tanggung jawab yang berat. Allah terus lagi dengan mengingatkan kita, janganlah kita ikut kata-kata syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata...
Penyakit jantung bukan datang tiba-tiba. Ia bukan satu yang umpama bila kita terjatuh, lalu mendapat luka di lutut serta merta. Penyakit jantung terbentuk dari kesilapan gaya hidup yang kita amalkan berulang-ulang kali, hari demi hari selama 10,20 30 tahun. Pilihan gaya hidup kita itu nampak sangat kecil, remeh dan tidak penting untuk dibesar-besarkan. Sekecil tidak bersenam, minum manisan, makan makanan berminyak, tidak mengambil makanan berkhasiat, kurang minum air, merokok.... Ini semua dianggap remeh, kecil dan tidak membawa sebarang akibat dalam jangkamasa yang pendek. Kadang tak nampak apa pun kesan walaupun selepas 30 tahun. 
Jantung kita sangat taat kepada tuannya. Ia tidak pernah gagal untuk bekerja mengalirkan darah ke seluruh tubuh badan kita. Samada kita tidur, atau berlari, jantung kita sentiasa ada bersama menyokong segala aktiviti yang kita perlukan. Malah bila jantung kita mula kurang sihat, ia tidak pernah complain atau bersungut, tiada apa tanda walau sedikit pun. Ketaatannya kepada jasad tadi sungguh mengkagumkan. Demikianlah agungnya penciptaan Allah.
Tapi setiap yang wujud juga ada penghujungnya. Jantung kita juga ada tempoh hadnya. Dalam keadaan memaksa dirinya bekerja untuk jasad tadi, bila mana ia tidak berkemampuan untuk meneruskan, maka perkara yang tidak disangka berlaku.
Marilah bersama kita raikan kempen kesihatan badan. Kita mulakan dengan diri kita sendiri. Usaha untuk mencari suasana untuk kita berinteraksi sesama manusia yang sealiran, yang maukan kepada gaya hidup yang lebih sihat. Luangkan masa untuk berubah. 
Mulakan dengan memilih makanan berkhasiat. Makan yang kurang lemak, kurang gula, garam, kolesterol dan tinggi kandungan khasiatnya. 
Lumrah bukan senang untuk lakukannya seorang. Maka carilah jalan untuk berada dikalangan komuniti yang sering bercakap dan berbincang mengenai kesihatan dan nutrisi (Health & Nutrition). 
Kesihatan bukan amalan sehari atau dua. Ia adalah amalan hari-hari. Saya sudah berumur lebih 50 tahun. Ayah saya sekarang berumur lebih 80 tahun. Kalau saya mengambil umur ayah saya, sebagai rujukan dan jika ditakdirkan umur saya sepanjang itu, saya ada 30 tahun lagi untuk hidup. Apakah saya hendak memilih untuk hidup dalam keadaan sihat atau sebaliknya. Saya akur dan tunduk kepada takdir Ilahi. Memang Allah yang menentukan. Tetapi bukan ke Allah jua yang memberi kita ruang untuk memilih dan berdoa. 
Kami sebagai pengedar Herbalife, kemuncak matlamat kami bukan mau menjual produk semata-mata, tetapi mau anda menggunakannya saperti mana kami menggunakan dan mendapat manfaat darinya. Kami juga mengadakan tempat berkumpul untuk mengujudkan komuniti supaya kita boleh saling tolong menolong antara satu dengan yang lain. Produk kami adalah dari mendapatkan sarapan sihat setiap hari, hinggalah penjagaan kesihatan jantung, termasuk Omega 3 Fish oil dan NW Formula. Semua ini boleh didapati dengan harga berpatutan.
Marilah sama menyumbang kepada meningkatkan satistik kesihatan Malaysia supaya bertambah baik dengan diri kita memulakannya dahulu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...